15 November 2012

Polemik Kebebasan Agama, Antara hujah dan perintah.


Isu kebebasan beragama sewajarnya dilihat dalam konteks yang lebih murni dan sejahtera. Sesuai dengan pengertian Islam yang membawa maksud sejahtera, maka segala perselisihan pendapat dan kefahaman mengenainya pasti boleh diselesaikan dengan cara yang murni dan sejahtera. Allah Ta'ala mendidik hambaNya supaya hidup berteraskan Aqidah yang sempurna. Namun, aqidah yang sempurna ini dipupuk berasaskan kepada ilmu, dan sumber utama ilmu di dalam Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah.

Tuntutan "Bacalah" dijadikan perintah pertama oleh Allah Ta'ala kepada Nabi Muhammad SAW sebagai menunjukkan kepentingan ilmu dan menunjukkan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama yang perlu dihadam oleh umat Islam. Jelas menunjukkan di sini, bahawa Islam ialah agama yang berteraskan hujah dan keterangan. Islam mementingkan ilmu, maka Al-Quran sebagai sumber utama ilmu dalam Islam dipelihara oleh Allah Ta'ala segala isi kandungannya sehingga ke hari ini.

Kita harus percaya dan yakin, bahawa Islam mempunyai segala solusi, penyelesaian kepada setiap masalah yang melanda umat manusia seluruhnya. Dalam bidang ekonomi, Islam melarang urusan yang melibatkan riba, juga menghalang umat Islam terlibat dengan judi dan rasuah, kerana urusan yang mengandungi unsur riba, kegiatan judi dan perbuatan rasuah bersifat menindas dan cenderung kepada kerosakan, bukan sahaja pada diri, keluarga, masyarakat malah negara.

Penganut agama Buddha yang majoriti di kalangan mereka berbangsa Cina sendiri tidak setuju jika judi dikaitkan dengan bangsa Cina, kerana mereka sendiri tidak suka dengan kegiatan tersebut. Maka, jika Islam melarang umatnya berjudi, sememangnya adalah kerana kegiatan judi boleh merosakkan dan menghancurkan.

Ini adalah contoh, betapa Islam sebenarnya datang untuk mentadbir urusan manusia dengan hujah dan pasti dapat diterima oleh akal dan fitrah kejadian manusia.

Dalam isu kebebasan beragama juga, Islam bukanlah agama yang bersifat autokratik ataupun diktator sehingga memaksa penganut agama lain menerima Islam secara paksa. Bahkan, penerapan nilai Islam dan ajarannya juga perlu dilakukan secara beransur-ansur dan dengan penuh hikmah kebijaksanaan. 

Segala titah dan perintah oleh Allah Ta'ala kepada umat Islam wajib dilaksanakan begitu juga segala tegahan dan larangan pula wajib ditinggalkan dengan penuh kesedaran serta didasari hujah yang jelas dan nyata. Dalam Islam, kita dilarang untuk bertaqlid buta, sebagai bukti bahawa Islam sangat mengutamakan Ilmu. Ilmu adalah sumber kepada kepercayaan dan aqidah yang sejahtera.

Kita harus bersikap optimis terhadap kemampuan Islam untuk berhujah atas dasar kebenaran dalam soal kebebasan beragama dengan masyarakat bukan Islam. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh memaksa masyarakat bukan Islam, hatta masyarakat Islam sekalipun untuk menerima hujah yang kita kemukakan kerana Islam bukan agama paksaan.

Gejala murtad yang berlaku, tidak akan dapat diselesaikan dengan sekadar menetapkan akta dan peraturan jika perkara asas iaitu pendidikan agama tidak dititikberatkan. Gejala murtad berleluasa bukan kerana kelonggaran dalam akta dan peraturan, tetapi kerana kegagalan fungsi asas pendidikan agama di kalangan umat Islam di Malaysia. Persoalan pendidikan inilah yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Jika kita sendiri tidak faham mengenai asas agama, bagaimana kita ingin mempertahankannya? Polemik isu murtad dan kebebasan agama sebenarnya bukan perkara baru, namun seringkali ia dibangkitkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk meraih sokongan atau membangkitkan emosi umat Islam. Sudahnya, jadilah kita ibarat menang sorak, kampung digadaikan.

Mohd Farid Bin Hamlud
Parit Care.
Read more ...

22 Mac 2012

Flash Mob GMFKAB




FKAB UKM, 22 Mac – Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) mengadakan kempen kesedaran cintakan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan salah satu Universsiti yang tersohor di dalam negara.

GMFKAB menggunakan alternatif  “Flash Mob” sebagai satu pendekatan yang santai, menarik dan ringkas tetapi mempunyai objektif yang cukup jelas. Kebanyakan penyokong dan pendokong GMFKAB turun bersama-sama pada kempen ini untuk melancarkan pergerakan kempen.
Read more ...

20 Mac 2012

Gesaan Memanafaatkan Perkhidmatan JobsStreet

Laman Web JobStreet

FKAB, 19 Mac - Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) menyeru agar mahasiswa/i FKAB memanafaatkan sepenuhnya perkhidmatan JobStreet Malaysia di laman web http://www.jobstreet.com.my/.
Read more ...

18 Mac 2012

Pendokong Dan Penyokong Pemimpin

Barisan Kepimpinan GMUKM di PMUKM

Kepimpinan adalah satu perkara yang berkaitan dengan penyokong dan pendokong. Idea dan gagasan yang dibawa oleh pemimpin harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.
Read more ...

17 Mac 2012

GMFKAB menyediakan perkhidmatan online nota, tutorial dan past year

FKAB, 17 Mac - Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) mengambil langkah menjadikan blog mahasiswa-fkab.blogspot.com sebagai "learning center" kepada mahasiswa/i FKAB.
Read more ...

16 Mac 2012

Tolak Dakwaan Manifesto Individu MPP Aspirasi FKAB

Parkir motosikal yang diperjuangkan oleh MPP FKAB
FKAB, 16 Mac - Setelah sekian lama mendiamkan isu mengenai parkir berpalang motosikal di FKAB, pihak GMFKAB pada hari ini menolak dakwaan manifesto individu MPP Aspirasi tahun 1&2 Sdr Mohd Azlan Bin Ismail. Untuk maklumat lanjut sila klik  di sini.
Read more ...

15 Mac 2012

Dadih Buat Warga FKAB

UKM, 15 Mac - Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) menyokong penuh siri penerangan "Walk 4 Election" yang dianjurkan oleh pimpinan GMUKM yang mendapat sokongan total daripada PMUKM.

GMFKAB mengambil alternatif tersendiri apabila sebahagian penyokong GMFKAB turun ke fakulti memberikan risalah mengenai pilihan raya kampus.

Objektif mengenai pemberian risalah ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i fakulti kejuruteraan supaya terlibat secara langsung semasa proses pembuangan undi pada PRK tahun ini dengan memilih pemimpin pelajar yang berteraskan kepada politik nilai.

Bagi menjaga pengurusan kebajikan mahasiswa/i FKAB, GMFKAB memberikan dadih keladi secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang telah diberikan kepada GMUKM di PMUKM mengenai dasar yang diperjuangkan. 

Ceria: Sebahagian mahasiswa/i FKAB tersenyum apabila mendapat dadih
Read more ...

12 Mac 2012

Amanah Berpolitik


Terima Kasih MPP Mohd Faizal Bin Ahmad
Terima Kasih MPP Mohd Faizal Bin Ahmad

Read more ...

9 Mac 2012

Nak Lagi Choki-Choki GMFKAB

Choki-Choki GMFKAB Memang Terbaik

UKM, 8 Mac - Sekali lagi Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM GMFKAB mengadakan siri-siri mingguan pemberian sagu hati daripada kerajaan mahasiswa GMUKM di PMUKM.

Pemberian choki-choki kepada mahasiswa/i FKAB dilakukan pada pukul 1.00 tengah hari di ruang foyer fakulti. MPP karismatik FKAB PMUKM, Mohd Faizal Bin Ahmad turut hadir dalam majlis turun padang tersebut dengan dibantu oleh duta GMFKAB.

Tidak terlepas juga Pengerusi GMUKM, Sdr Ahmad Firdaus Ahmad Azam yang turut hadir bersama-sama dengan mahasiswa/i fakulti untuk majlis pemberian choki-choki.
Read more ...

8 Mac 2012

Terima Kasih Pihak PTPTN

8 Mac - Pihak GMFKAB mengucapkan terima kasih kepada pihak PTPTN kerana sudi untuk mengadakan sesi dua hala bersama pelajar UKM mengenai isu PTPTN yang hangat diperkatakan di kalangan pelajar UKM baru-baru ini.

Tiga hari yang lepas Presiden PMUKM LTM Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi bersama Naib Presiden III, Mohd Faizal Bin Ahmad telah berjumpa dengan pihak PTPTN untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai isu berbangkit. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak PMUKM mencadangkan kepada pihak PTPTN untuk mengadakan pertemuan bersama pelajar UKM untuk memberikan penjelasan mengenai isu PTPTN.

Pada 6 Mac yang lalu pihak PMUKM melalui Presiden PMUKM telah menghantar surat tersebut kepada pihak PTPTN bagi mencadangkan tarikh perjumpaan tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila lihat surat seperti di bawah:





Surat PMUKM kepada pihak PTPTN
Read more ...