Memaparkan catatan dengan label mahasiswa MENCABAR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahasiswa MENCABAR. Papar semua catatan

22 Disember 2010

Perhimpunan 1111 Mahasiswa

Salam Perjuangan dan Salam 1Malaysia,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengadakan sebuah perhimpunan gergasi mahasiswa yang julung-julung kalinya di adakan seumpama itu di negara ini pada 1 Januari 2011 ini.Perhimpunan gergasi ini dinamakan dengan Perhimpunan 1111 adalah simbolik kepada tarikh perhimpunan tersebut iaitu 1-1-11 dan akan di adakan di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ).


Perhimpunan 1111 ini akan menghimpunkan seluruh mahasiswa dari seluruh IPT di Malaysia iaitu kira-kira 50 buah institusi pengajian tinggi.Malah,menurut penganjur Perhimpunan 1111,mereka sedang mengusahakan untuk menjemput Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Dato' Saifuddin Abdullah untuk merasmikan perhimpunan  tersebut.

Diketuai oleh Ketua Pengarah Perhimpunan 1111 Mahasiswa,Saudara Ezuan Saad,perhimpunan itu diharap mampu membawa mahasiswa turun kepada masyarakat serta memainkan peranan yang lebih penting dalam pemerintahan negara.

Perkembangan negara terkini nyata telah menuntut para mahasiswa yang tergolong dalam golongan intelek untuk mengambil langkah lebih dominan dalam menentukan hala tuju pentadbiran.ekonomi,sosial dan politik negara.Maka,Perhimpunan 1111 Mahasiswa ini amat diharap untuk menjadi sebuah medan yang lengkap kepada setiap mahasiswa untuk menjadi lebih proaktif dan dinamik bagi mendepani cabaran 2011 yang akan datang.


Kami di peringkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat FKAB untuk sama-sama turun memeriahkan dan menjayakan perhimpunana gergasi mahasiswa ini.Sokongan dan pengorbaban sahabat-sahabat adalah amat-amat diharapkan bagi memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa bagi mendepani cabaran semasa yang semakin garang menerpa segenap ruang lingkup kehidupan masyarakat Malaysia.

Mahasiswa Dinamik Pencetus Kebangkitan Nasional

Bangkit,Bangkit!!!
Mahasiswa!!!



Dari Meja Editor,
Mahasiswa FKAB
Read more ...

5 Oktober 2010

Tutup sahaja kursus Sains Politik di UKM:MerdekaReview

"Mahasiswa tidak bodoh, kami ada otak.  Kami sudah muak dengan dogma tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan politik," - Ahmad Syukri, jurucakap Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS), 28 September 2010.



Pada 28 September yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menghulurkan satu penghakiman terhadap saman oleh empat orang pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, berhubung pemakaian Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.  Pelajar-pelajar yang kini lebih dikenali dengan gelaran UKM 4 telah mencabar undang-undang tersebut sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk bersuara dan ekspresi.

@MerdekaReview

Hal ini timbul berikutan dengan tindakan UKM yang mendakwa pelajar-pelajar tersebut di Mahkamah Universiti kerana ditangkap di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor, kononnya kerana menyokong parti pembangkang yang berkempen di sana.
Mereka ditemui dengan beberapa risalah parti pembangkang, yang menjadi asas kepada dakwaan pihak Universiti.  Kami tidak mempersoalkan dakwaan pihak Universiti yang jelas sekali bermotifkan politik.  Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM boleh sahaja menyelesaikan isu ini dengan merestui penglibatan pelajar-pelajarnya dalam pilihan raya kecil tersebut.  Ini adalah kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat sedemikian, akan tetapi apa yang lebih afdal kepada pihak Universiti adalah untuk tunduk kepada "pihak atasan" dan mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin-pemimpin pelajar itu supaya dijadikan satu amaran kepada pelajar-pelajar lain yang sudah pun "dibonsaikan" pemikiran mereka, supaya tidak memegang risalah-risalah pihak pembangkang.

Tindakan Universiti sememangnya tidak masuk akal, tindakan mendakwa pelajar jurusan Sains Politik kerana menjadi pemerhati politik jelas sekali bertentangan dengan matlamat mendidik mereka untuk menjadi ilmuwan dalam bidang Sains Politik.  Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, malah telah dijangkakan.  Apa yang tidak diduga adalah pendirian Mahkamah Tinggi dalam memutuskan kes berprofil tinggi ini.  Alasan kehakiman yang diberikan, menyatakan bahawa Seksyen 15 AUKU adalah sah kerana sekatan hak di bawah Perkara 10 Perlembagaan boleh dilakukan dengan alasan untuk menjaga ketenteraman komuniti pelajar di Universiti.  Mungkin perkara ini tidak dapat difahami orang ramai kerana melibatkan pandangan undang-undang yang kompleks.

Kami tidak dapat memahami mengapa tindakan pelajar-pelajar itu boleh dianggap sebagai menjejaskan kenteraman mana-mana pihak selain pihak parti pemerintah, namun ini adalah untuk diputuskan oleh Mahkamah Universiti yang disidangi oleh panel yang dilantik pihak universiti sendiri.  Mungkin selepas ini pihak Universiti akan mendakwa semua pelajarnya yang menunjukkan sokongan kepada parti politik dengan mengundi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.  Adalah menjadi persoalan mengapa pelajar berusia 21 tahun, tidak dibenarkan berpolitik sehinggakan mereka dihalang untuk memiliki risalah-risalah parti politik, tetapi boleh mengundi dalam pilihanraya umum.
Sebab itulah barangkali pada tahun 1999 anak perempuan kepada Senator Shahrizat Abdul Jalil (gambar kiri) tidak diambil sebarang tindakan undang-undang apabila pulang bercuti dari pengajiannya di luar Negara kerana membantu kempen ibunya di Lembah Pantai.  Kepulangan beliau mendapat liputan media dan ditemuramah berserta menyiarkan gambar-gambar beliau berkempen pada waktu itu.

Hak berpolitik adalah hak setiap warganegara yang waras, hak seperti ini tidak wajar disekat oleh mana-mana parti politik.  Tekanan terhadap palajar-pelajar yang ingin berpolitik adalah tidak boleh diterima kerana tindakan seperti itu umpama membunuh bakal-bakal pemimpin masa depan.  Sikap cemburu kerajaan juga sudah mencapai satu tahap yang menjengkel dan merimaskan semua pihak.
Sepatutnya Kerajaan menghargai pemuda-pemudi yang berminat dalam politik tanahair, lebih-lebih lagi pelajar jurusan sains politik yang bukan sekadar mahu berpolitik tetapi memahami apa itu politik sebenarnya.  Idealisme dan semangat mereka itu tidak wajar dihukum dengan tekanan sebegini rupa semata-mata kerana mereka tidak menyokong parti pemerintah.
Kami berpendapat sikap paranoia melampau kerajaan, sudah mencapai satu tahap tidak boleh diterima lagi.  Pemimpin mahasiswa, kartunis, dan penyanyi rap dilayan seolah-olah penjenayah, hanya kerana tidak menyokong parti pemerintah.  Mungkin mereka perlu sedar, masalahnya bukan pemimpin pelajar, bukan juga kartunis sinis, remaja yang kesat, mahupun parti pembangkang, masalahnya adalah kelakuan mereka sendiri.  Kelakuan yang tidak masuk akal, tidak adil, menindas dan membuli rakyat.

Jika kerajaan sudah tidak hormat kepada rakyat, bagaimana harus rakyat menghormati kerajaan?  Kerajaan perlu menghormati kehendak Mahasiswa yang lantang, kerana mereka adalah peneraju masa depan negara.  Jika ini caranya kerajaan melayan pelajar Universiti, minda-minda terbaik negara, bayangkan apa nasib rakyat marhaen?

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.



Read more ...

9 Jun 2010

apabila MAHASISWA bertindak.....

kata Bapak Natsir,


"pemimpin tidak lahir dari bilik-bilik kuliah,tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah,muncul di tengah-tengah pergumulan masalah,menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya lalu diterima dan didukung oleh ummat"

cantik susunan ayat keramat seorang tokoh perjuangan yang tidak asing lagi dari kaca mata mereka yang sedar dan tidak tidur.....menggambarkan sebuah roh sebenar sebagai anak muda dan bagaimana sepatutnya dia menjadi......bukan sekadar hebat berhujah dan jaguh melenting,namun bila mereka berdepan dengan pergelutan hak dan keadilan,mereka tidak sesekali berundur dan meninggalkan terma ini.....
mengubah dan bergerak itu adalah kerja anak muda....cubaan mengganggu mereka adalah cubaan yang kebudak-budakan...kenapa perlu menyekat mereka untuk menyuarakan isi hati mereka sendiri demi melihat ummat bangkit terbilang....mengapa perlu dicipta akta kejam semata-mata untuk menutup dan mematikan aktivisme anak muda.....gobloknya sebuah pemerintahan jika mereka sanggup memperjudikan masa depan negara dengan menghapuskan dan melenyapkan suara anak muda.....

-barisan Solidariti Mahasiswa Malaysia bersama MP Pakatan Rakyat ketika sidang media-

hari ini di Parlimen mencatat satu sejarah buat gerakan anak muda di Malaysia....hari ini Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan penuh berani dan kencang merempuh masuk ke dalam Parlimen untuk menghantar Deklarasi Belia dan Mahasiswa Malaysia kepada semua ahli Parlimen dengan harapan mampu menggamit kesedaran ahli-ahli Parlimen berkenaan isu yang melanda mereka....mereka datang untuk menuntut kebebasan bersuara dan akademik daripada kerajaan Umno BN setelah tidak dapat bersabar lagi lantaran pelbagai kerenah manipulasi yang dilakukan oleh pihak tertentu demi mematikan arus semangat mereka daripada bangkit menyuarakan kebenaran.....

keberanian mereka mendapat pujian oleh beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Dr.Hatta Ramli,Sifuddin Nasution,Nurul Izzah Anwar dan Liew Chin Tong.......

laporan penuh di Harakahdaily dan Malaysiakini......

Malaysia bertuah kerana golongan sebegini masih lagi wujud meskipun pelbagai tekanan  dikenakan terhadap mahasiswa....kita mengklasifikasikan diri kita dengan bangganya sebagai masyarakat yang demokratik namun kita sering gagal dalam mempraktikkan nilai dekokrasi yang sepatutnya dalam kehidupan seharian kita.....namun sejarah membuktikan bahawa tiada satu akta pun yang dicipta mampu menyekat kebangkitan anak muda.....kerana jiwa anak muda yang sedar adalah lansung tidak sama dengan jiwa mereka yang hnay tahu permasalahan namun bila disuruh bertindak,mereka takut dan lemah......bila berbincang soal anak muda dan politik rata-rata menyatakan mereka tidak berminat maka tidak perlu sibuk dengan politik.....bagiku pandangan sebegini amatlah malang jika keluar dari mulut mereka yang bergelar mahasiswa terutamanya...mereka gagal memahami apakah kehendak masyarakat terhadap batang tubuh mereka.....

namun aku berharap "rempuhan" ini akan menjadi satu titik mula kepada kebangkitan anak muda di Malaysia dan berjuang memastikan segala akta kejam dan mereka yang "gagal" dalam mentadbir negara ini dihukum dengan sewajarnya.....

dimensi baru kepimpinan anak muda negara memerlukan mereka yang boleh bertindak selain berkata-kata....


ATA,
aku anak muda revolusi....
Read more ...