Tentang Kami

Intro

Gabungan Mahasiswa adalah sebuah entiti pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang bercita-cita mahu melihat UKM kembali menjadi sebuah tempat yang benar-benar hidup semangat keilmuannya.

Gabungan Mahasiswa UKM adalah hasil daripada gabungan beberapa front politik mahasiswa UKM iaitu Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU),Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipendent (KAMI),Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),Gabungan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN),Angkatan Siswi Dinamis (AKSIS) dan beberpa buah lagi front mahasiswa UKM.

Bertemakan "realisasi varsiti" yang menggerakkan wawasan untuk melihat UKM bukan sahaja tempat untuk mencetak tenaga kerja di pasaran pekerjan tetapi melahirkan seorang mahasiswa yang berjiwa demokrati,matang dan berkepimpinan demi menjaga keabsahan nilai keintelektualan yang ada pada diri setiap mahasiswa.

Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB

Mula ditubuhkan pada bulan September 2009 ketika kerancakan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kampus UKM untuk sesi 2009/2010.

Kewujudan Kelab Penyokong GM-FKAB ini adalah sebagai salah satu platform utama untuk para pendokong dan penyokong Gabungan Mahasiswa terutamanya mahasiswa FKAB untuk menggerakkan dan merancang segala gerak kerja dan visi Gabungan Mahasiswa UKM di peringkat fakulti.

Dengan bermatlamatkan merealisasikan varsiti,maka Kelab Penyokong GM-FKAB telah mengambil beberapa inisiatif di peringkat fakulti dengan melaksanakan beberapa agenda dan perancangan kelab supaya sokongan dan kepercayaan mahasiswa FKAB terhadap kemampuan dan kredibiliti Gabungan Mahasiswa UKM terus meningkat naik.

Blog Mahasiswa FKAB

Blog ini diwujudkan adalah bertujuan sebagai medium buletin dan maklumat utama kepada seluruh warga FKAB terutamanya dan juga sebagai wadah kepada Kelab Penyokong GM-FKAB untuk menyalurkan sebarang informasi dan perancangan kelab.

Blog ini juga menampilkan tulisan daripada penulis jemputan iaitu:

Hubungi Kami

Sebarang cadangan dan kritikan daripada mana-mana pihak adalah amat digalakkan dan kami di peringkat Kelab Penyokong GM-FKAB amat mengharapkan agar mahasiswa FKAB terutamanya merasa bebas dan matang untuk memberi apa sahaja cadangan dan kritikan demi melahirkan sebuah entiti mahasiswa yang berjiwa demokratik.

Segala cadangan dan kritikan boleh disalurkan ke mahasiswa.fkab@gmail.com

Juga anda digalakkan untuk tambah kami sebagai rakan di www.facebook.com/gmfkab dan www.twitter.com/gmfkab