FKAB UKM, 22 Mac – Gabungan Mahasiswa Fakulti
Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) mengadakan kempen kesedaran cintakan kepada
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan salah satu Universsiti yang
tersohor di dalam negara.
GMFKAB menggunakan alternatif “Flash Mob” sebagai satu pendekatan yang
santai, menarik dan ringkas tetapi mempunyai objektif yang cukup jelas. Kebanyakan penyokong dan pendokong GMFKAB turun
bersama-sama pada kempen ini untuk melancarkan pergerakan kempen.
Flash Mob merupakan salah satu cara untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dengan melakonkan keadaan-keadaan mengikut skrip yang dibaca oleh speaker mengikut nilai yang ingin dipupuk.
GMFKAB menggunakan
nilai “We Love FKAB UKM” berdasarkan falsafah UKM iaitu UKM mengukuh paduan antara iman
kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan
amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat
terpelajar dan pembangunan Universiti.
Para penyokong dan pendokong GMFKAB melakonkan watak-watak
seperti pensyarah, jurutera awam, mekanikal, kimia, elektrik, dan “hero” zero
waste sepagai tanda GMFKAB menyokong kesedaran agenda kelestarian UKM.
Setelah speaker menyampaikan nilai yang ingin dipupuk,
speaker akan memberhentikan pidato beliau pada pertengahan ucapan dan pada masa
itu lakonan kaku akan berlaku selama 3 minit. Selepas 3 minit speaker akan
menghabiskan ucapan beliau dan akan memberikan justifikasi kepada apa yang
dilakonkan.
Turut hadir bersama-sama pada kempen kesedaran “We Love
FKAB UKM” adalah MPP Umum 3&4 Muslimah Binti Marsi, MPP FKAB 3&4 Mohd
Faizal Bin Ahmad, dan dua orang duta GMFKAB iaitu Rosilina Binti Mohammed
Saleem dan Ahmed Suffi Bin Roslan.
![]() |
We Love UKM |
![]() |
Pendidikan Teras Kepada Pembentukan Modal Insan |
![]() |
Kebersihan Tanggungjawab Kita Bersama |
![]() |
Sebahagian Pelakon Flash Mob |
![]() |
PTSL menjadi sumber rujukan utama pendidikan UKM |
![]() |
Tenang Pelakon Flash Mob GMFKAB |
![]() |
Jurutera Mekanikal |
![]() |
Jurutera Kimia |
“Jarang-jarang kita melakukan kempen kesedaran Flash Mob di UKM. Pada kali ini GMFKAB menggunakan Flash Mob sebagai cara menggantikan kempen-kempen sebelum ini melalui risalah-risalah, pidato-pidato yang panjang dan sebagainya. Kami di peringkat GMFKAB akan sentiasa menyokong segala usaha ke arah menaikkan nama UKM yang kita cintai.” Respon Abdullah Sani selaku speaker Flash Mob GMFKAB sebentar tadi.
Kempen tersebut berlangsung di ruang legar fakulti bermula
pada jam 1.20 petang dan berakhir pada 1.25 petang. Usaha-usaha untuk muat naik video Flash Mob GMFKAB sedang
dijalankan. Kami meminta sedikit masa untuk mengemaskini video tersebut untuk
tontonan semua warga FKAB.
“GMFKAB Tetap Di Hati, BerGM Lebih Baik”