20 Mac 2012

Gesaan Memanafaatkan Perkhidmatan JobsStreet

Laman Web JobStreet

FKAB, 19 Mac - Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) menyeru agar mahasiswa/i FKAB memanafaatkan sepenuhnya perkhidmatan JobStreet Malaysia di laman web http://www.jobstreet.com.my/.

Dengan bertemakan "No 1 Job Site in Malaysia" laman web ini menyediakan peluang pekerjaan yang terkini di pelbagai bidang sesuai bagi mereka mahasiswa/i tahun akhir yang sedang mencari pekerjaan.


Selain untuk mencari pekerjaan, bagi mahasiswa/i tahun tiga FKAB boleh memanafaatkan perkhidmatan ini dengan mencari tempat latihan industri di syarikat-syarikat yang mereka minati.


Perkhidmatan laman web ini adalah mudah untuk digunakan kerana ia menggunakan cara secara online di mana data-data kita boleh dimasukkan terus ke dalam sistem ini.


Permohonan kerja mahupun tempat latihan industri boleh dihantar menggunakan resume yang diupload dalam bentuk PDF atau word document. Perkhidmatan ini sungguh mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit untuk dihantar ke syarikat yang dipohon.


Permohonan juga boleh dilakukan sebanyak yang mungkin dengan hanya menekan butang 'apply". Untuk mengetahui gaji terkini seorang jurutera boleh juga didapati di laman web ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini


Sebelum menggunakan perkhidmatan ini, para pengguna mestilah mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli di laman web ini dengan memasukkan data-data asas peribadi. Untuk menjadi ahli sila klik di sini.


Justeru GMFKAB mengajak semua mahasiswa/i FKAB agar memanafaatkan ruang dan peluang perkhidmatan teknologi supaya urusan seharian kita lebih efektif dan mudah.


"BerGM Lebih Baik"