18 Mac 2012

Pendokong Dan Penyokong Pemimpin

Barisan Kepimpinan GMUKM di PMUKM

Kepimpinan adalah satu perkara yang berkaitan dengan penyokong dan pendokong. Idea dan gagasan yang dibawa oleh pemimpin harus diterjemahkan dalam bentuk tindakan.


Tulisan kali ini ingin berkongsi pandangan berkaitan dengan peranan penyokong dan pendokong dalam kepimpinan politik. 

Penyokong dan pendokong harus sedar perlaksanaan idea dan gagasan bukan terletak pada kekuatan tubuh seseorang pemimpin yang dilantik.

Ke mana seorang pemimpin tersebut hendak melaksankan idea dan gagasan yang ingin dibawa sekiranya tiada sambutan idea dan gagasan di peringkat penyokong dan pendokong.

Biarlah begitu ramai sekali pun penyokong tetapi tidak mempunyai pendokong yang kuat, maka konklusi akhirnya kita boleh katakan seseorang pemimpin tersebut mempunyai kepimpinan yang lemah.

Kepimpinan pada hari ini bukan sahaja perlu dinilai kepada kekuatan pemimpin, tetapi perlu dinilai dari segi kekuatan yang bermula dari akar umbi jentera yang baik dalam melaksanakan gerak kerja.

Maka perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pemimpin apabila memenangi pilihan raya, pemimpin tersebut harus membentuk kumpulan di bawah beliau untuk melakukan gerak kerja.

Para pengundi sepatutnya tidak mudah untuk membuang undi kepada seseorang individu hanya berdasarkan kepada faktor popular, kepetahan bercakap, dan lain-lain lagi tanpa menilai aspek yang lebih penting dari itu, iaitu kekuatan pendokong di bawah individu yang dilantik untuk menjadi pemimpin.

Pendokong bermaksud sekumpulan manusia yang bercita-cita untuk menggerakkan idea dan gagasan pemimpin dengan menggunakan masa, tenaga dan harta yang mereka miliki.

Mereka menghabiskan masa, tenaga dan harta tanpa memikirkan soal imbuhan daripada apa yang mereka lakukan. Mereka tergerak untuk melakukan sedemikian kerana percaya dan hormat yang tinggi terhadap pemimpin tersebut.

Yang dikatakan pendokong juga, bukanlah pendokong itu hanya mempunyai jentera yang kuat pada musim PRK sahaja, tetapi pendokong itu mempunyai kekuatan untuk melaksanakan gagasan dan idea pemimpin secara berterusan dan bukan bermusim.

Berbeza dengan penyokong yang hanya memberikan undian kepada pemimpin tanpa ingin bertindak melakukan gerak kerja idea dan gagasan pemimpin.

GMFKAB menyeru kepada semua mahasiswa/i FKAB agar memilih kepimpinan yang mempunyai pendokong yang kuat supaya perlaksanan terhadap idea dan gagasan pemimpin dapat dilakukan dengan baik dan lancar.
 "BerGM Lebih Baik"