17 Mac 2012

GMFKAB menyediakan perkhidmatan online nota, tutorial dan past year

FKAB, 17 Mac - Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) mengambil langkah menjadikan blog mahasiswa-fkab.blogspot.com sebagai "learning center" kepada mahasiswa/i FKAB.


GMFKAB kali ini bakal menyediakan kelengkapan nota-nota, tutorial, mahupun "past year" dari setiap jabatan dan tahun secara online yang boleh didownload melalui link di sini

Link yang ditunjukkan seperti di atas masih lagi dalam pimbikinan mengumpul nota-nota daripada semua jabatan dan tahun, dan di peringkat kami berharap sekiranya mahasiswa/i FKAB memerlukan nota, tutorial dan past year bolehlah terus menghubungi kami di emel mahasiswa.fkab@gmail.com atau terus ke FB gmfkab.

Perkhidmatan ini bertujuan memberikan kemudahan kepada mahasiswa/i untuk belajar, membuat rujukan dan latihan atau perancangan pembelajaran yang lebih awal.

"Semoga blog ini menjadi rujukan utama buat mahasiswa/i untuk mengakses bahan-bahan ilmiah yang berkaitan dengan FKAB. Kami GMFKAB sentiasa cuba memberikan yang terbaik dalam mendokong nilai keintelektualan varsiti" Respon Mustapa Kamel Husen Abd Kadir, duta GMFKAB.

GMFKAB berharap agar mahasiswa/i dapat memanafaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini supaya kita semua sentiasa memperoleh kejayaan yang cemerlang di kampus. "Datang dengan harapan, pulang dengan kejayaan."


"BerGM Lebih Baik"