16 Mac 2012

Tolak Dakwaan Manifesto Individu MPP Aspirasi FKAB

Parkir motosikal yang diperjuangkan oleh MPP FKAB
FKAB, 16 Mac - Setelah sekian lama mendiamkan isu mengenai parkir berpalang motosikal di FKAB, pihak GMFKAB pada hari ini menolak dakwaan manifesto individu MPP Aspirasi tahun 1&2 Sdr Mohd Azlan Bin Ismail. Untuk maklumat lanjut sila klik  di sini.


Untuk rekod MPP FKAB 3&4, Sdr Mohd Faizal Bin Ahmad juga telah menghantar laporan kerosakan kepada pihak pengurusan tertinggi fakulti dan pihak JPP. Sebanyak dua kali perjumpaan telah diadakan pada dua minggu berturut-turut. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Hasil daripada pertemuan tersebut, Prof Fauzi juga telah dihubungi oleh TNC HEPA Prof.Ir.Dr. Othman A.Karim untuk memberi respon makluman kepada MPP Mohd Faizal Bin Ahmad terhadap laporan aduan kerosakan tersebut.

Sebenarnya pembinaan parkir motosikal FKAB adalah hasil usaha dua MPP FKAB iaitu Sdr Mohd Azlan Bin Ismail dan Sdr Mohd Faizal Bin Ahmad. GMFKAB amat mementingkan politik nilai dan menolak politik yang tidak memberikan fakta yang sebenar dalam sesuatu isu.

Kedua-dua MPP FKAB tersebut menghantar laporan dan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan fakulti dengan membawa isu-isu yang bersifat setempat di FKAB.

Pihak pengurusan FKAB memuji tindakan MPP FKAB apabila sentiasa prihatin berkaitan dengan kebajikan yang berlaku di FKAB.

GMFAKB mengiktiraf MPP Aspirasi FKAB dengan menjemput mereka bersama-sama dalam sesi dialog dengan pelajar FKAB, sudut manifesto, majlis jamuan GMFKAB dan lain-lain. Ini membuktikan GMFKAB sentiasa menghormati keputusan mahasiswa/i yang memilih wakil Aspirasi sebagai pemimpin tahun 1&2 FKAB.

"Politik itu tidak salah, yang salah apabila kita menggunakan politik kepada perkara-perkara yang tidak betul sehingga membawa kepada penyelewengan fakta." Respon MPP Mohd Faizal Bin Ahmad

Justeru GMFKAB menolak politk nama yang dibawa oleh Aspirasi, kerana kita bimbang sekiranya budaya politik nilai tidak dipupuk semenjak dari kepimpinan mahasiswa, maka masa depan negara akan dibanjiri dengan politik yang hanya mementingkan nama parti politik semata-mata. 

"BerGM Lebih Baik"