15 Mac 2012

Dadih Buat Warga FKAB

UKM, 15 Mac - Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (GMFKAB) menyokong penuh siri penerangan "Walk 4 Election" yang dianjurkan oleh pimpinan GMUKM yang mendapat sokongan total daripada PMUKM.

GMFKAB mengambil alternatif tersendiri apabila sebahagian penyokong GMFKAB turun ke fakulti memberikan risalah mengenai pilihan raya kampus.

Objektif mengenai pemberian risalah ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa/i fakulti kejuruteraan supaya terlibat secara langsung semasa proses pembuangan undi pada PRK tahun ini dengan memilih pemimpin pelajar yang berteraskan kepada politik nilai.

Bagi menjaga pengurusan kebajikan mahasiswa/i FKAB, GMFKAB memberikan dadih keladi secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang telah diberikan kepada GMUKM di PMUKM mengenai dasar yang diperjuangkan. 

Ceria: Sebahagian mahasiswa/i FKAB tersenyum apabila mendapat dadih

Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi

Konsisten : Duta GMFKAB Sdri Rosilina dan Sdr Ahmad Sufi memberikan dadih

Jangan lupa turun untuk undi pada PRK tahun ini

Untuk rekod statistik pengundi FKAB yang dikeluarkan oleh pihak GMFKAB, jumlah pelajar yang turun untuk mengundi masih lagi dalam keadaan yang tidak memuaskan.

Statistik pengundi FKAB pada PRK 2011
Pengundi FKAB Tahun 1&2
Pengundi FKAB 3&4

Ada di kalangan mahasiswa/i bila ditanya pada PRK tahun lepas, mereka langsung tidak mengetahui proses kempen dan pembuangan undi.

Rekod mahasiswa/i untuk turun mengundi pada PRK 2011 di kalangan tahun 3&4 adalah sangat membimbangkan. Ini kerana pelajar tahun 3&4 merasakan mereka tidak ada kepentingan lagi untuk memilih pemimpin pelajar di samping kesibukan dalam menyiapkan tugasan individu atau projek sehingga menyebabkan mereka kurang cakna mengenai PRK.

"PRK merupakan satu agenda nasional untuk melatih kepimpinan mahasiswa/i  mengisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Kita perlu mengambil tahu mengenai PRK bagi melatih kita memupuk sifat bertanggungjawab terhadap masa depan negara." Respon Ahmad suffi, Duta GMUKM.

Justeru GMFKAB menyeru supaya semua mahasiswa/i FKAB supaya turun secara beramai-ramai untuk mengundi pada PRK tahun ini bagi memastikan kepimpinan PMUKM sentiasa proaktif dalam membawa isu-isu mahasiswa.


"BerGM Lebih Baik"