11 Mac 2011

PENJELASAN ISU PEMBAYARAN YURAN LATIHAN INDUSTRI FKAB 2011

Presiden PMUKM,Saudara Muzzammil bersama MPM FKAB 3/4,Faizal Ahmad
di Pejabat Bendahari

Pada petang Jumaat kira-kira jam 2.45 pm,Presiden PMUKM Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi, MPM UMUM 3/4 Muslimah Binti Marsi , dan MPM FKAB 3/4 Mohd Faizal Bin Ahmad telah bertemu dengan pengurusan pejabat bendahari UKM bahagian kewangan pelajar paras 3 untuk meminta penjelasan mengenai isu yuran latihan industri yang menjadi aduan utama dalam kalangan pelajar FKAB sejak akhir-akhir  ini. Berikut merupakan hasil perbincangan dengan pihak pejabat bendahari UKM sebentar tadi.

Caj pengajian yang tercatat di dalam transkrip SMPWEB bagi pelajar FKAB adalah sebanyak RM 516.00.Setelah berbincang tentang beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan beban yuran terbabit,pihak pengurusan pejabat bendahari mengakui kesilapan teknikal pada transkrip yuran pengajian latihan industri tersebut dan jumlah sebenar yang perlu dijelaskan oleh pelajar ialah RM 258.00 iaitu kurang dua kali ganda daripada jumlah asal.

Untuk pengetahuan kepada semua pelajar, caj yang dikenakan pada semester 3 adalah berdasarkan kepada jumlah unit yang diambil bagi setiap pelajar, dan bukannya berdasarkan pakej seperti yang berlaku pada semester 1 dan 2. Jadi yuran pengajian sebanyak RM 258.00 adalah tidak termasuk dengan caj-caj tambahan yang lain seperti kemudahan Perpustakaan Tan Sri Lang dan kemudahan Pusat Kesihatan UKM.

Kod kursus latihan industri bagi pelajar FKAB adalah KKKF 3066 dan ini bermakna pelajar FKAB mengambil sebanyak 6 unit untuk kursus ini. Setiap 1 unit bagi kursus ini dikenakan caj sebanyak RM 43.00. Jadi 6 unit x 43.00 = RM 258.00. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Berikutan makluman itu, kami telah bertemu dengan pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk memaklumkan tentang kesilapan pada transkrip yuran pelajar mengenai lampiran caj pengajian latihan industri iaitu sebanyak RM 516.00 berbanding nilai sebenar iaitu RM 258.00.

Hasil makluman tersebut, pihak PTM akan cuba untuk membetulkan caj yuran yang tercatat pada transkrip kepada caj yang sebenarnya iaitu RM 258.00 selepas pukul 5 petang hari ini dan tindakan ini memerlukan masa untuk melakukannya. Pihak (PTM) akan menghubungi  kami apabila kerja-kerja pengubahsuaian caj yang tercatat pada transkrit SMPWEB telah selesai sepenuhnya.

Sebarang maklumat lanjut dan perkembangan semasa mengenai isu ini akan kami laporkan kepada anda. Kami juga mengalu-alukan sebarang komen dan juga cadangan anda dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan dalam melancarkan gerak kerja kami. Sekian, terima kasih. –BerGM Lebih Baik-


MPM FKAB 3/4,
Mohd Faizal Bin Ahmad