11 Mac 2011

Jamuan Mahasiswa Anjuran GMFKAB Meriah

Pada hari Rabu 9 Mac 2011,jam 6 pm bertempat di Dewan Kuliah 2,FKAB Gabungan Mahasiswa UKM bagi kawasan FKAB telah mengadakan sebuah majlis jamuan kesyukuran bagi meraikan kemenangan GMUKM dalam PRK 2011 yang lepas.Jamuan tersebut telah diadakan bagi mengucapkan terima kasih buat rakan-rakan FKAB yang sudi memberi kepercayaan dan mandat buat calon-calon GMUKM bagi kerusi FKAB.

Turut hadir ke majlis jamuan itu Saudara Hafiz Razak,Presiden GMUKM dan beberapa orang MPM yang telah memenangi kerusi dalam PRK 2011.Majlis jamuan bermula dengan sesi penerangan dan pengenalan bersama tiga orang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM iaitu Saudara Faizal Ahmad,selaku MPM Tahun 3/4 bagi kerusi FKAB,Saudara Harith Abdul Kadir selaku MPM UMUM Tahun 3/4 dan Saudari Muslimah Marsi selaku MPM UMUM Tahun 3/4.

Ketika sesi penerangan,pelbagai persoalan dan isu telah dikemukakan secara lansung oleh semua rakan-rakan FKAB dan dijawab oleh semua wakil MPM yang hadir ketika itu.Kami di peringkat Kelab Penyokong GMFKAB amat berbangga dengan komitmen dan partisipasi akan-rakan dalam membantu dan menyokong wakil MPM bagi menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.Tahniah!

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis jamuan mahasiswa.


Alhamdulillah dan terima kasih buat seluruh rakan-rakan FKAB yang sudi hadir dan memeriahkan majlis jamuan mahasiswa GMFKAB ini.

Kami amat mengharapkan sokongan berterusan daripada anda semua dalam memastikan wakil MPM dapat menjalankan setiap amanah mereka dengan sempurna.

Segala pertanyaan dan aduan boleh dibuat secara terus di blog ini melalui ruang Hubungi Kami di atas.Segala kerjasama anda amatlah dihargai.Suara Anda Keutamaan Kami!


Dari Meja Editor,
Mahasiswa-FKAB