19 Februari 2011

Calon GMUKM bagi FKAB 2011

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua rakan-rakan!

Sehingga kini,sudah 2 hari berlalu penamaan calon bagi FKAB dan kempen calon sudah pun bermula.Kami di peringkat Kelab Penyokong GMFKAB amat mengalu-alukan Pilihan Raya Kampus 2011 yang sudah bermula sejak 17 Feb 2011 lagi ini.Hal ini kerana bagi kami PRK 2011 adalah tempat terbaik bagi seluruh warga kampus untuk belajar dan mendalami rasa tanggungjawab sebagai salah seorang warga negara demokrasi yang matang.Selain itu,inilah masanya untuk kita mendidik warga kampus dengan pembawakan politik nilai dan demokrasi terpimpin agar setiap keputusan yang dibuat akan mendatangkan kebaikan serta manfaat terhadap seluruh warga universiti.

Seperti mana yang sudah diketahui umum,calon GMUKM bagi kedua-dua kerusi yang dipertandingkan di peringkat FKAB telah pun diumumkan sehari sebelum penamaan lagi dan di peringkat kami,inilah calon-calon terbaik yang mampu mebawa harapan semua warga fakulti untuk suara mereka didengari sampai ke peringkat atasan.

Calon no 2 kerusi 3&4 :Mohd faizal bin Ahmad
Calon no 1 tahun 1&2:Roslina binti Sahidin
Inilah calon-calon harapan anda semua untuk membawa suara dan segala permasalahan yang berkaitan kebajikan siswa siswa FKAB ke peringkat atasan.Undilah calon MAHASISWA anda!

Undi anda amat berhara buat kami.Hanya perlu ingat:

NO 1:ROSLINA BINTI SAHIDIN (KERUSI 1&2)
NO 2:MOHD FAIZAL BIN AHMAD (KERUSI 3&4)

Kami amat mengharapkan partisipasi rakan-rakan FKAB untuk turun mengundi pada 21 Feb 2011,Isnin di kolej kediaman masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab rakan-rakan sebagai wagra kampus yang demokratik.

Akhir kata,The Power In Your Hand,Its Time To Change!



Dari meja editor,
Mahasiswa FKAB