15 Februari 2011

Maklumat mengenai Pilihan Raya Kampus UKM 2011

Salam perjuangan buat semua rakan-rakan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,

Sepertimana yang kita maklum,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan pemilihan bagi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2011/2012 akan berlansung pada 21 Januari 2011 berikutan notis pembubaran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) telah dikeluarkan pagi tadi kira-kira jam 11 pagi.

Berikut adalah perincian jadual sepanjang berlansungnya proses pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada kali ini:

  • 14 Feb 2011:pembubaran PMUKM dan borang calon MPP dikeluarkan di JPPel.
  • 17 Feb 2011:penamaad calon di fakulti bagi calon fakulti dan Pusanika bagi calon umum.
  • 17 Feb 2011-20 Feb 2011:tempoh berkempen bagi semua calon
  • 21 Feb 2011:hari pengundian di kolej kediaman
Kami di peringkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB mengharapkan kerjasama dan partisipasi yang penuh dari semua sahabat-sahabat fakulti bagi memastikan perayaan demokrasi UKM pada kali ini dapat berlansung dengan penuh meriah dan semangat demokrasi.

Kami menggesa agar semua yang terlibat pada pemilihan MPP pada kali ini dapat mengamalkan politik nilai dan menjauhi politik fitnah dan perkauman.


Bersama Merealisasikan Varsiti


Dari Meja Editor,
Mahasiswa FKAB