19 November 2011

Coming Soon : Career Briefing Organised by Faizal, MPP FKAB


On the coming 28th of November 2011, a Career Briefing would be held in Faculty of Engineering and Build Environment at 5.00 p.m in DK 4. PMUKM with the cooperation of Students Society of Faculty of Engineering and Build Environment (PEMATRA) will be organizing this briefing session. The main objective of this briefing is to improve the image and personality of UKM students with the guidance to choose the right job and to prepare well for the interview. Basically, a career briefing is to inspire fresh look of recently graduating students. This briefing will help them to navigate issues and make career choices which have a positive impact on society.


The briefing would be conducted by a representative from JobAdvisors, En. Mokhtar. JobAdisors is an organization that provides advice and guidance for university students who will be graduating soon so that they get a clear exposure on how to apply for the right job and prepare well for an interview. In this session, they focus on giving the students a clear picture on how to choose the best company from the various choices that we have in the market. Hands on guidance will be provided to click the right link to get a right job from online searching. Therefore, students are required to bring their laptop along for the briefing session. Besides, complete cover letter and resume writing would be short brief interview to prepare a graduate that could tackle the examiner and make an easy way for fresh communication with the company representative in the future.


This briefing is an effort of student representative council of Faculty of Engineering and Build Environment, Mohd Faizal Ahmad as stated in his manifestos which are to support our university’s philosophy by integrating academic culture in FKAB and create industrial link and relationship with other universities in engineering field. It is hoped that all UKM students’ especially the final years grab this opportunity to improve themselves to face the career world after graduating.


Mohd Faizal Bin Ahmad
Student Union Council 3&4 FKAB
Vice President III PMUKM
Read more ...

21 Ogos 2011

DIMENSI BARU PESTA KONVO UKM 39


Assalamuaalaikum  w.b.t , salam sejahtera dan salam mahasiswa
                
Objektif yang cukup jelas, pesta konvo merupakan aktiviti mega saban tahun yang dilaksanakan di seluruh Universiti bertujuan untuk meraikan para graduan yang telah berjaya menamatkan pembelajaran di perbukitan ilmu ini.

Sebagai satu bentuk penghargaan kepada para graduan, sekretariat pesta akan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menghiburkan pengunjung di tapak pesta. Sekumit kesungguhhan mahasiswa/i di Universiti dapat dijadikan inspirasi bagi mereka-mereka yang bakal graduan tidak lama lagi. 

Saya selaku Pengarah Esekutif Pesta Konvokesyen UKM ke-39 ingin membawa kita kepada dimensi baru pesta konvo yang bertitik tolak daripada falsafah UKM iaitu “Paduan antara iman kepada Allah dan ilmu yang bermanafaat, serta gabungan antara teori dan amal merupakan asas kepada pembangunan Universiti, pembudayaan ilmu, dan pembentukan masyarakat terpelajar”.

Dimensi baru pesta pada tahun ini mempunyai identiti yang tersendiri kerana menifestasi pesta adalah integrasi dalam konteks keintelektualan, hiburan, pembangunan kerohanian dan moral.

Justeru, kayu ukur kepada pesta konvo pada tahun ini perlu dilihat daripada budaya keintelektualan yang dilaksanakan secara bersama di tapak pesta konvo.  Ia  selari dengan Universiti sebagai gedung ilmu yang mana produknya merupakan mahasiswa/i sebagai pengisi dan pemacu masa depan negara kelak.
               
Dengan anggaran ratusan ribu pengunjung yang bakal datang di tapak pesta konvo pada  tahun ini, ia menjadi platfom yang terbaik untuk sekretariat pesta membumikan idea dan gagasan  tema pesta pada tahun ini iaitu “Apresiasi Melestari Kecemerlangan”.

Sebagai cerminan universiti, sekretariat pesta pada tahun ini akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan imej UKM selaku Universiti yang terkehadapan negara dalam bidang pembangunan ilmiah dari segi implimentasi pesta konvo sebagai program yang mendatangkan kebaikan di persada nasional.

Sekretariat pesta pada tahun ini akan cuba untuk menjayakan program yang berbentuk hiburan, kesukanan, keintlektualan, dan kebudayaan sebagai penghargaan kepada warga UKM khasnya, yang telah berjaya mendidik mahasiswa/i untuk menjadi agen penggerak kepada pembangunan negara yang lebih mapan.

Akhir kata saya mewakili sekretariat pesta pada tahun ini mengalu-alukan kedatangan semua warga Malaysia untuk memeriahkan lagi tapak pesta konvo UKM di samping melihat sendiri identiti UKM yang unik ini sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan. Jutaan terima kasih kepada seluruh pihak pentadbiran Universiti dan crew pesta konvo yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Pesta Konvo UKM 39.



"Bersama Mahasiswa Merealisasikan Varsiti"

Sekian, terima kasih

Mohd Faizal Bin Ahmad
Naib Presiden III PMUKM
Merangkap Pengarah Esekutif Pesta Konvokesyen UKM ke-39

Read more ...

17 Mei 2011

Selamat Menyambut Ulang Tahun UKM yang ke-41

Peta perjalanan sejarah untuk membina sebuah universiti yang berteraskan kaum Melayu cukup lama, bersimpang siur, bermasalah dan penuh kesulitan. Ia telah melalui pelbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi pada 18 Mei 1970 ditubuhkan, ia mengungkapkan bukan sedikit bingkisan sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri.


Dengan pembinaan tapak sementara Universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kemudian di kampus tetapnya di Bandar Baru Bangi sangat dinanti-nantikan oleh pejuang jati negara ketika itu. Hasil cetusan idea pada dekad kedua abad ke-20 oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba) dan Abdul Kadir Adabi juga hasil kesedaran terhadap kedhaifan pendidikan rakyat terbanyak (Mohd Zahari Daud).

Pendeta Za’ba (1895-1973) yang merupakan seorang ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu ketika itu telah menyarankan penubuhan sebuah pusat pengajian bertaraf universiti ditubuhkan untuk menampung ribuan lulusan sistem persekolahan melayu yang ketika itu tidak dapat meneruskan pengajian. Beliau sangat yakin dengan keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tinggi telah menyarankan penggunaan Bahasa Melayu secara menyeluruh sepanjang pengajian.

Kenyataan beliau ini telah disokong Encik Abdul Kadir Adabi (1901-1944) yang mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan khusus untuk orang Melayu. Walaupun Encik Abdul Kadir tidak menyebut secara jelas berkenaan bahasa pengantar bagi universiti ini, tetapi para pengkaji sejarah menyimpulkan Encik Abdul Kadir secara bijaksana telah mengaitkan idea penubuhan universiti ini dengan keperluan pendidikan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Cetusan idea bersejarah ini tidak menarik perhatian penjajah British dan pembesar Melayu yang rapat dengan British. Mereka memberi alasan rakyat kebanyakan tidak akan yakin dengan idea ini, walhal dasar penjajah itu sendiri tidak memberi ruang pelajaran tinggi kepada rakyat di Tanah Melayu ketika itu. (Mohd Zahari Daud)

Idea ini bagaimanapun disambut baik oleh Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di segenap peringkat universiti biarpun idea ini tidak mendapat restu pemerintah ketika itu. Idea gagasan ini terus dihangatkan sepanjang sekitar dekad empat puluhan dan lima puluhan oleh pihak Persekutuan yang berusaha untuk mengangkat bahasa Melayu di pentas pendidikan kebangsaan negara sendiri. Pihak Persekutuan Guru-Guru Semenanjung gigih meningkatkan darjat persekolahan aliran Melayu sehingga ramai di kalangan para pelajar Melayu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti khususnya ke luar negara.


Ia membuahkan hasil apabila ramai anak bangsa yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dahulu kembali berkhidmat di dalam negara selepas era kemerdekaan dan melontarkan idea-idea yang bernas. Pada tahun 1963, Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Resolusi di akhir seminar ini adalah menuntut penubuhan sebuah universiti ‘benar-benar bercorak kebangsaan’ dengan dikemukakan hujah-hujah jelas yang dipetik daripada fakta dan kenyataan sejarah negara. Juga tuntutan kepada penubuhan sebuah ‘Universiti Islam’ juga turut dibahaskan. Tuntutan-tuntutan ini diulang-ulang dan perbincangan mengenai penubuhannya dibentang kembali secara terperinci sehingga ia dimuktamadkan pada tahun 1968.

Jawatankuasa Penubuhan UKM ditubuh


Pada Jun 1968, beberapa orang cendekiawan Melayu telah bertemu, bersumbang-saran lalu menggabungkan pemikiran dan pendapat masing-masing di samping membawa isihati rakyat negara ketika itu. Zainal Abidin Wahid. A. Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Zain A. Majid, Mohd. Ghazali A. Rahman, S. Husin Ali dan sekadar menyebut beberapa nama kemudiannya menukilkan konsep Universiti yang dituntut oleh mereka dalam konteks realiti negara yang baru berusia sepuluh tahun ketika itu. Tidak ketinggalan golongan yang menuntut penubuhan sebuah universiti Islam yang dipimpin oleh Allahyarham Dr. Ungku Omar turut berganding bahu dengan kumpulan penaja penubuhan universiti beraliran kebangsaan ini. Kata sepakat dicapai. Tuntutan penubuhan sebuah universiti aliran Melayu dan "universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan" dan sebuah "Universiti Islam" telah berpadu yang kemudian melahirkan penubuhan bermakna selang tiga tahun kemudian.

Dalam pada itu, idea gagasan bersejarah ini telah disambut dengan baik oleh persatuan-persatuan penulis, budaya, belia, pelajar, mahasiswa dan pendidik, lalu dikembangkan dalam kesedaran dan pandangan sejarah bangsa Melayu. Dikisahkan pada detik tersebut kemaraan kehendak dan gelojak hati rakyat tidak lagi dapat ditahan. Di mana-mana rakyat sibuk berbicara akan penubuhan sebuah universiti bercorak kebangsaan, di mana pensyarahnya sendiri bakal mengajar anak bangsa mereka sendiri. Rakyat ketika itu juga menginsafi akan hak mereka untuk menubuhkan sebuah universiti ‘rakyat’ mereka sendiri.

Pada 25 Ogos 1968, sebuah Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi telah ditubuhkan. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain. Hasil usaha yang komited daripada jawatankuasa penaja ini telah melakarkan sebuah sejarah yang sangat bermakna buat semua.

18 Mei- Tarikh Keramat

Tarikh keramat 18 Mei 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Bangi setelah bangunan siap. Universiti ini hasil gabungan citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Terdapat tiga buah fakulti perintis iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam.

Penubuhan UKM ini telah disulami dengan pasak yang jelas iaitu Falsafah UKM yang menjadi kebanggaan warga Universiti. ‘Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan’ Universiti’ adalah jelas implementasi visi yang jelas yang mudah dihadami setiap warganya agar bergerak seiring dengan aspirasi hasrat mulia pelopor penubuhan UKM suatu ketika dahulu yang menginginkan sebuah ‘Universiti Islam bercorak Kebangsaan’.

Juga asas penubuhan Universiti yang disebut di semasa perasmian Universiti pada 18 Mei 1970 lalu, yang terang-terang menyebut, ‘penubuhan UKM adalah demi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.’ UKM juga diletakkan sebagai kemuncak dalam mengukuhkan sistem pelajaran kebangsaan di samping meletakkan sasaran melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini. Di samping UKM berperanan menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu ,ia juga memainkan peranan mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Bak kata Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM yang juga merupakan Profesor Ulung Negara, Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, “Universiti ini merupakan tapak semaian ahli akademik universiti baru di Malaysia.”

Sungguhpun asas sejarah penubuhan universiti ini bertitik-tolak daripada tuntutan rakyat Bumiputera di Semenanjung Malaysia dan berakarkan konsep nasionalisme, namun hasil yang timbul dari pemikiran ini adalah sebuah ‘Universiti Kebangsaan’ untuk seluruh rakyat Malaysia. Idea ini ialah tunas pertama yang amat penting yang tumbuh dari semaian benih gagasan pejuang terdahulu.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 , UKM.

"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"


Mohamad Ezuan Mohd Saad,
Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

Kredit: Blog PMUKM

Read more ...

16 Mac 2011

Tahniah Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM

Salam perjuangan buat seluruh rakan-rakan mahasiswa,

Berikut adalah barisan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM bagi sesi 2011/2012 yang telah dilantik secara rasmi dalam Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan MPP di Bilik Senat,Cancelori semalam.

Speaker
Mohd Arif misrol

Presiden PMUKM

Ahmad Muzammil Muhd Hairi
Timbalan Presiden PMUKM

Mohamad Abdullah Mohd Yusuf
Setiausaha Agung PMUKM

Mohamed Ezuan Mohd Saad
Timbalan Setiausaha Agong PMUKM

Nor Amalina Sazali
Bendahari Kehormat PMUKM

Nurazidah Mashan
Naib Presiden PMUKM 1

Phang Siew Chin
Naib presiden PMUKM 2

Muslimah Marsi
Naib Presiden PMUKM 3

Mohd Faizal Ahmad
Naib Presiden PMUKM 4

Muhammad Ikram Darus
Biro Kebajikan & Aduan

Mohd Izzudin Pisol
Mohd Zaim Juwaidi Jamaluddin
Nurul Mardiah Kamarudin
Nurul Akmal Zulkiefli
Biro Kerohanian & Pembangunan Insan

Wan Ahmad Fahmi Wan Abdul Hamed
Mohd Azlan Ismail
Wilfred Mok Kok Hoe
Muhammad Helmi Othman
Biro Siswazah & Antarabangsa

Abdul Musyrif Mohamad Khalil
Yuda Putra
Rahmad Fauzi Mohd Nasir
Biro Akademik & Intelektual

Mohamad Idrul Mohd Daud
Noriah Abdul Rahman
Lim Keng Wei
Umi Nazirah Khairuddin
Biro Keusahawanan & Kerjaya

Nurazidah Mashan
Mohd Fadhil Razali
Zalika Adilah Zainuren
Mohd Kamal Ali
Biro Informasi & Penerangan

Aida Rohayu Mohd Badri
Kamarul Hatem Muhammad
Siti Nurul Hidayah Ismail
Biro Perpaduan & Kemasyarakatan

Noraini Jumahir
Wu Tuan Yuan
Mohamad Noorhisyam Saperi
Biro Sukan,Kesenian & Kebudayaan

Muhammad Harith Abdul Kadir
Lum Kok Kiong
Abdul Muein Abadi
Inilah barisan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM bagi sesi 2011/2012.Kami di peringkat Kelab Penyokong GMFKAB mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat seluruh ahli MPM yang telah dilantik.Kami berharap agar anda mampu menjalankan amanah yang terbeban di atas bahu anda semua demi kebajikan mahasiswa UKM.
Bersama Mahasiswa Merealisasikan Varsiti

Dari Meja Editor,
Mahasiswa FKAB

Read more ...

11 Mac 2011

PENJELASAN ISU PEMBAYARAN YURAN LATIHAN INDUSTRI FKAB 2011

Presiden PMUKM,Saudara Muzzammil bersama MPM FKAB 3/4,Faizal Ahmad
di Pejabat Bendahari

Pada petang Jumaat kira-kira jam 2.45 pm,Presiden PMUKM Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi, MPM UMUM 3/4 Muslimah Binti Marsi , dan MPM FKAB 3/4 Mohd Faizal Bin Ahmad telah bertemu dengan pengurusan pejabat bendahari UKM bahagian kewangan pelajar paras 3 untuk meminta penjelasan mengenai isu yuran latihan industri yang menjadi aduan utama dalam kalangan pelajar FKAB sejak akhir-akhir  ini. Berikut merupakan hasil perbincangan dengan pihak pejabat bendahari UKM sebentar tadi.

Caj pengajian yang tercatat di dalam transkrip SMPWEB bagi pelajar FKAB adalah sebanyak RM 516.00.Setelah berbincang tentang beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pelajar berkenaan beban yuran terbabit,pihak pengurusan pejabat bendahari mengakui kesilapan teknikal pada transkrip yuran pengajian latihan industri tersebut dan jumlah sebenar yang perlu dijelaskan oleh pelajar ialah RM 258.00 iaitu kurang dua kali ganda daripada jumlah asal.

Untuk pengetahuan kepada semua pelajar, caj yang dikenakan pada semester 3 adalah berdasarkan kepada jumlah unit yang diambil bagi setiap pelajar, dan bukannya berdasarkan pakej seperti yang berlaku pada semester 1 dan 2. Jadi yuran pengajian sebanyak RM 258.00 adalah tidak termasuk dengan caj-caj tambahan yang lain seperti kemudahan Perpustakaan Tan Sri Lang dan kemudahan Pusat Kesihatan UKM.

Kod kursus latihan industri bagi pelajar FKAB adalah KKKF 3066 dan ini bermakna pelajar FKAB mengambil sebanyak 6 unit untuk kursus ini. Setiap 1 unit bagi kursus ini dikenakan caj sebanyak RM 43.00. Jadi 6 unit x 43.00 = RM 258.00. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Berikutan makluman itu, kami telah bertemu dengan pihak Pusat Teknologi Maklumat (PTM) untuk memaklumkan tentang kesilapan pada transkrip yuran pelajar mengenai lampiran caj pengajian latihan industri iaitu sebanyak RM 516.00 berbanding nilai sebenar iaitu RM 258.00.

Hasil makluman tersebut, pihak PTM akan cuba untuk membetulkan caj yuran yang tercatat pada transkrip kepada caj yang sebenarnya iaitu RM 258.00 selepas pukul 5 petang hari ini dan tindakan ini memerlukan masa untuk melakukannya. Pihak (PTM) akan menghubungi  kami apabila kerja-kerja pengubahsuaian caj yang tercatat pada transkrit SMPWEB telah selesai sepenuhnya.

Sebarang maklumat lanjut dan perkembangan semasa mengenai isu ini akan kami laporkan kepada anda. Kami juga mengalu-alukan sebarang komen dan juga cadangan anda dari semasa ke semasa untuk penambahbaikan dalam melancarkan gerak kerja kami. Sekian, terima kasih. –BerGM Lebih Baik-


MPM FKAB 3/4,
Mohd Faizal Bin Ahmad

Read more ...

Jamuan Mahasiswa Anjuran GMFKAB Meriah

Pada hari Rabu 9 Mac 2011,jam 6 pm bertempat di Dewan Kuliah 2,FKAB Gabungan Mahasiswa UKM bagi kawasan FKAB telah mengadakan sebuah majlis jamuan kesyukuran bagi meraikan kemenangan GMUKM dalam PRK 2011 yang lepas.Jamuan tersebut telah diadakan bagi mengucapkan terima kasih buat rakan-rakan FKAB yang sudi memberi kepercayaan dan mandat buat calon-calon GMUKM bagi kerusi FKAB.

Turut hadir ke majlis jamuan itu Saudara Hafiz Razak,Presiden GMUKM dan beberapa orang MPM yang telah memenangi kerusi dalam PRK 2011.Majlis jamuan bermula dengan sesi penerangan dan pengenalan bersama tiga orang ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM iaitu Saudara Faizal Ahmad,selaku MPM Tahun 3/4 bagi kerusi FKAB,Saudara Harith Abdul Kadir selaku MPM UMUM Tahun 3/4 dan Saudari Muslimah Marsi selaku MPM UMUM Tahun 3/4.

Ketika sesi penerangan,pelbagai persoalan dan isu telah dikemukakan secara lansung oleh semua rakan-rakan FKAB dan dijawab oleh semua wakil MPM yang hadir ketika itu.Kami di peringkat Kelab Penyokong GMFKAB amat berbangga dengan komitmen dan partisipasi akan-rakan dalam membantu dan menyokong wakil MPM bagi menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.Tahniah!

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis jamuan mahasiswa.


Alhamdulillah dan terima kasih buat seluruh rakan-rakan FKAB yang sudi hadir dan memeriahkan majlis jamuan mahasiswa GMFKAB ini.

Kami amat mengharapkan sokongan berterusan daripada anda semua dalam memastikan wakil MPM dapat menjalankan setiap amanah mereka dengan sempurna.

Segala pertanyaan dan aduan boleh dibuat secara terus di blog ini melalui ruang Hubungi Kami di atas.Segala kerjasama anda amatlah dihargai.Suara Anda Keutamaan Kami!


Dari Meja Editor,
Mahasiswa-FKAB

Read more ...