8 Mac 2012

Terima Kasih Pihak PTPTN

8 Mac - Pihak GMFKAB mengucapkan terima kasih kepada pihak PTPTN kerana sudi untuk mengadakan sesi dua hala bersama pelajar UKM mengenai isu PTPTN yang hangat diperkatakan di kalangan pelajar UKM baru-baru ini.

Tiga hari yang lepas Presiden PMUKM LTM Ahmad Muzzammil Bin Muhd Hairi bersama Naib Presiden III, Mohd Faizal Bin Ahmad telah berjumpa dengan pihak PTPTN untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai isu berbangkit. Untuk maklumat lanjut sila klik di sini.

Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak PMUKM mencadangkan kepada pihak PTPTN untuk mengadakan pertemuan bersama pelajar UKM untuk memberikan penjelasan mengenai isu PTPTN.

Pada 6 Mac yang lalu pihak PMUKM melalui Presiden PMUKM telah menghantar surat tersebut kepada pihak PTPTN bagi mencadangkan tarikh perjumpaan tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila lihat surat seperti di bawah:





Surat PMUKM kepada pihak PTPTN
Surat PMUKM kepada pihak PTPTN

Akhirnya pihak PTPTN bersetuju untuk mengadakan pertemuan tersebut pada Hari Khamis (08.03.2012), jam 3 petang di Auditorium Siswa, Pusanika selepas menghubungi pihak Unit Kebajikan Pelajar UKM untuk diberitahu kepada PMUKM.


Jom Datang Beramai-Ramai


"BerGM Lebih Baik"