9 Mac 2012

Nak Lagi Choki-Choki GMFKAB

Choki-Choki GMFKAB Memang Terbaik

UKM, 8 Mac - Sekali lagi Gabungan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM GMFKAB mengadakan siri-siri mingguan pemberian sagu hati daripada kerajaan mahasiswa GMUKM di PMUKM.

Pemberian choki-choki kepada mahasiswa/i FKAB dilakukan pada pukul 1.00 tengah hari di ruang foyer fakulti. MPP karismatik FKAB PMUKM, Mohd Faizal Bin Ahmad turut hadir dalam majlis turun padang tersebut dengan dibantu oleh duta GMFKAB.

Tidak terlepas juga Pengerusi GMUKM, Sdr Ahmad Firdaus Ahmad Azam yang turut hadir bersama-sama dengan mahasiswa/i fakulti untuk majlis pemberian choki-choki.


Pemberian sagu hati GMFKAB kepada warga fakulti kerana terus memberi sokongan kepada GMUKM

Duta GMFKAB Sdri Rosilina Mohamed Saleem bersama-sama turun padang  memberikan choki-choki

Salah satu pendekatan GMFKAB kepada mahasiswa/i FKAB

Di samping pemberian choki-choki, pihak GMFKAB juga mengedarkan risalah mengenai gerak kerja MPP FKAB 3&4 yang sentiasa konsisten dengan gerak kerja di PMUKM dan di fakulti. Untuk maklumat, sila lihat gambar di bawah :

Gerak Kerja MPP Mohd Faizal Ahmad

Gerak Kerja MPP Mohd Faizal Ahmad

" Kita di peringkat GMFKAB sangat memaknai kemenangan GMUKM di PMUKM pada tahun ini. Lihatlah gerak kerja MPP GMUKM di PMUKM dengan hampir keseluruhan isu kebajikan diperjuangkan oleh mereka. Tahniah dan syabas buat kepimpinan GMUKM di PMUKM." Respon Rosilina Bt Mohamed Saleem, Duta GMUKM 2012


GMFKAB akan meneruskan siri-siri untuk turun kepada warga fakulti bagi menunjukkan politik nilai yang dibawa sentiasa menjadi kayu ukur dalam menilai kepimpinan mahasiswa.

"BerGM Lebih Baik"