22 November 2008

UPSI dan UNIMAS dah dilanda tsunami.... UKM bila lagi?

Kemenangan kerusi Pro-Mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan juga Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) jelas merupakan tanda yang jelas bahawa mahasiswa sekarang sudah inginkan perubahan dengan memilih calon bukan Aspirasi untuk menjadi pemimpin mereka.


Pada PRK tahun ini, Pro-Mahasiswa UPSI telah menang bergaya dengan berjaya menawan 8 kerusi manakala Aspirasi 13 yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi Umum yang ditandingi.

Di sebelah Borneo, Pro-Mahasiswa UNIMAS telah menang 7 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan iaitu dua daripada 4 kerusi umum dan 5 daripada 8 kerusi fakulti. Kemenangan yang sekaligus memberikan ruang kepada Pro Mahasiswa membentuk kabinet MPP.


Kemenangan yang tidak disangka-sangka ini telah memberikan satu petanda bahawa dalam PRK pada tahun hadapan, berlakunya situasi yang sama di kampus-kampus lembah Klang dan juga utara seperti USM.

Kemenangan ini turut menyatakan bahawa gerakan mahasiswa yang pro kepada mahasiswa semakin mendapat tempat di kalangan mahasiswa yang inginkan perubahan. Kemenangan demi kemenangan yang berlaku memberi signal kepada Pro-Mahasiswa daripada kampus yang lain supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada kita.


GMUKM berharap agar kemenangan ini memberi kesedaran kepada mahasiswa UKM bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa berubah ke arah pentadbiran PMUKM yang telus dan berkredibiliti, yang hanya diperolehi melalui GMUKM. Kami di peringkat UKM ingin mahasiswa UKM sedar, bahawa pemilihan MPP bukannya tiada nilai disebalik PRK tersebut, tetapi mempunyai nilai jangka masa yang panjang.

Pelbagai isu yang melanda UKM, tidak diambil kisah dan peduli oleh barisan kepimpinan PMUKM sekarang. Daripada isu kenaikan harga yuran kolej, hinggalah kepada penganjuran program keintelektualan, dipandang enteng oleh barisan Aspirasi ini.Justeru GMUKM dalam Pilihanraya kampus pada tahun hadapan, penawaran manifesto berdasarkan 3 dasar utama GMUKM, iaitu falsafah UKM, kebajikan dan keintelektualan akan diberikan kepada mahasiswa UKM. Hanya masa dan keadaan sahaja yang akan menentukan sama ada GMUKM dapat menduduki kembali PMUKM itu.


Harapan agar perubahan yang berlaku di UPSI dan UNIMAS, akan menerobos masuk ke dalam UKM ini. Sekiranya mahasiswa UPSI dan UNIMAS memberi peluang kepada pemimpin Pro Mahasiswa, apa salahnya sekiranya dalam masa tahun, berikanlah peluang untuk GMUKM menjadi PMUKM anda, orang suruhan anda dalam menjaga kebajikan kita semua.


Kemenangan Pro Mahasiswa UPSI dan UNIMAS memberi iktibar bahawa tidak mustahil GMUKM akan memenangi PRK pada tahun hadapan. Kepada semua mahasiswa UKM yang cintakan kebajikan anda dihargai, keintelektualan anda dijanai kembali, maka pilihlah GMUKM sebagai pangkahan anda dalam PRK tahun hadapan. Semoga sinar di UPSI dan UNIMAS, akan melimpahi juga ke kampus perbukitan Bangi ini.