22 Februari 2009

Pengesahan Pemohonan Masuk Peperiksaan Akhir

PERMOHONAN MASUK PEPERIKSAAN DAN DRAF JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SEMESTER II SESI AKADEMIK 2008-2009

Peperiksaan akhir Semester II Sesi Akademik 2008-2009 akan dijalankan pada 20 April hingga 10 Mei 2009.

Urusan pengesahan permohonan masuk peperiksaan perlu dibuat melalui http://www.ukm.my/smpweb mulai 23 Februari hingga 1 Mac 2009.

Jadual Waktu Peperiksaan muktamad akan dipaparkan dalam Kad Masuk dan Jadual Peperiksaan (KMJP) yang akan diedarkan di Pejabat Fakulti masing-masing mulai 24 Mac 2009.

Maklumat lanjut: http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/feb09/bul_02022009-01.pdf
Read more ...

18 Februari 2009

Perutusan MPP FKAB


Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera kepada seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk menabur khidmat bakti kepada warga Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina khususnya, juga sekalian warga UKM amnya. Moga-moga dengan keringat yang ada, saya boleh membantu menyelesaikan permasalahan mahasiswa/i sekalian.


Pilihanraya Kampus baru-baru ini membuka ruang dan peluang kepada saya untuk berjuang mempertahankan kebajikan mahasiswa/i FKAB khususnya dan keseluruhan UKM amnya apabila saya ditakdirkan menang tanpa bertanding bagi Kerusi Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina Tahun 1&2. Ruang dan peluang yang diperolehi ini akan saya manfaatkan sebaiknya bagi memastikan kebajikan dan hak mahasiswa/i terus dipelihara. Dasar perjuangan saya dalam Majlis Perwakilan Pelajar UKM pada sesi kali ini juga menyentuh aspek ke arah menjana keintelektualan mahasiswa dalam rangka menjadikan UKM sebagai wadah mahasiswa berminda kelas pertama sejajar matlamat pendidikan negara. Saya juga mendokong sepenuhnya falsafah universiti kita, kerana melihat ia sebagai satu titik permulaan yang baik ke arah melahirkan golongan profesional jika dihayati dan dipraktikkan dengan baik oleh mahasiswa/i keseluruhannya.


Perjalanan waktu yang kian pantas membuatkan kita hampir tidak tersedar bahawa kita telah sampai ke pertengahan semester2 pengajian sesi 2008/2009. Oleh itu, saya mengucapkan semoga berjaya di dalam Peperiksaan Pertengahan Semester kepada keseluruhan mahasiswa/i FKAB. Bagi yang aktif dalam persatuan caturlah masa anda sebaiknya agar kejayaan akademik seiring dengan kemahiran berorganisasi. Berpersatuan sebenarnya merupakan langkah permulaan yang baik dalam kita melatih aspek kepimpinan dan kemahiran bersosial diri kita.


Akhir kata, saya menyeru keseluruhan warga FKAB bersama-sama saya dalam membawa perubahan yang baik kepada UKM. Justeru,, saya amat mengharapkan kerjasama dan sokongan anda untuk saya merealisasikan dasar perjuangan yang saya bawa dalam Majlis Perwakilan Pelajar UKM pada sesi kali ini. Sebarang masalah bolehlah maklumkan kepada saya. Saya akan berusaha memikul amanah ini dengan sebaik mungkin.


Sekian. Wassalam


Dari Mahasiswa untuk Mahasiswa
Read more ...

2 Februari 2009

MPP FKAB

Read more ...