12 Jun 2010

LIMITASI dalam memperjuangkan IDEOLOGI



semalam sempat selepas solat Isyak di Masjid UKM,aku borak dengan seorang sahabat baik aku,Aniq Rukaini tentang pelbagai isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia hari ini....soalnya pada mula berkisar tentang peri pentingnya semangat kebangsaan atau nasionalisme dalam diri setiap masyarakat lantaran keputusan kerajaan memperuntukkan RM20 billion dalam RMK-10 semalam untuk pembangunan sahsiah dan identiti bangsa Melayu di Malaysia yang dilihat semakin kurang semangat kebangsaannya......begitulah pemula cerita kami yang berlanjutan tanpa sedar sehingga hampir pukul 12 malam bermula selepas solat Isyak...subhanallah aku menemui beberapa rungkaian jawapan berkenaan isu dan permasalahan ini hasil sembang-semabang kami tadi.....

penelitian kami mendapati bahawa sikap melampaui batasan sesuatu perkara itu adalah penyebab kenapa orang menyalah anggap sesuatu perkara itu....sama halnya dengan semangat kebangsaan di mana Rasulullah SAW sendiri mengajar kita supaya sayang pada bangsa sendiri kerana itu adalah identiti kita secara zahirnya.....namun Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita melampau dalam memperjuangkan rasa "sayang" ini sepanjang baginda menyampaikan risalah kenabian di Tanah Arab.....kita perhatikan sepotong ayat aL-Quran di mana ALLAH menyebut tentang kaum,


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)"
(surah aL-Hujurat:13)

Said Hawwa dalam kitabnya aL-Asas fi Tafsir menukilkan kata-kara Imam an-Nafasi berkenaan ayat di atas,

"sesungguhnya tuhanmu menjadikan kamu berbangsa dan bersuku-sakat agar kamu saling mengetahui nasab keturunanmu agar dengan itu terpelihara asal usulnya dan bukannya untuk berbangga-bangga berdasarkan keturunanmu"
(aL-Asas fi Tafsir,Said Hawwa,Dar aS-Salam jilid 9,ms 5417)

jelanya di sini tujuan ALLAH menyuruh kita saling kenal mengenal kerana masing-masing ada identiti tersendiri maka tidak dapat tidak semangat "sayang" pada bangsa sendiri itu tak akan mampu dibuang sebegitu sahaja kerana itu adalah anugerah daripada ALLAH kepada kita....cuma di peringkat kita,kami bersetuju bahawa terjadinya masalah seperti sekarang ini ada puak yang begitu fanatik dengan keMELAYUannya dan ada juga puak yang begitu benci dengan semangat keMELAYUan.....kenapa perlu sebegitu rupa???
apakah itu yang dianjurkan oleh aL-Quran??
berkenal-kenalan di sini ialah semangat toleransi...solidariti permuafakatan.....semangat penyatuan....dalam pada yang sama ALLAH membenci mereka yang berbangga-bangga dengan identiti mereka....oleh itu kita sepatutnya sedar dalam kita berbuat apa-apa sekalipun,adanya limitasi kepada pekerjaan itu...hal ini kerana kita tidak mahu terjebak dalam kancah kemelampauan dalam sesuatu perkara.....ISLAM mengajar kita sayang pada bangsa kita tapi ada batas dan limitasinya....melampaui batas dan limitasi itu mengundang kepada berlakunya penindasan dan kezaliman....point ini yang SALAH dalam pada kita bersemangat membela ke MELAYUan kita ini.....kerana kemelampauan ini akan memandu kita menerbitkan kenyataan berunsur sentimen,chauvinism,menindas dan kejam pada pihak yang lain.....

contoh mudah ialah bagaimana Timbalan Perdana Menteri Malaysia,Tan Sri Muhyidin Yasin menjawab soalan Lim Kit Siang di Parlimen tentang negara dan bangsa.....dia dengan selamba menjawab,"Malay First,Malaysia Second"......

apakah betul jawapan ini dengan kedudukan beliau sebagai TPM yang di dalamnya ada berpuluh kaum dan etnik???
apakah mereka yang selain Melayu itu mampu menerima kenyataan seorang TPM yang sebegitu rupa dengan hati yang senang dan aman??

maka aku sifatkan kenyataan ini berbentuk menindas...maka point inilah yang menjadikan semangat perkauman ini dilarang dalam ISLAM secara tegas apabila melampau dan wujud unsur-unsur menindas kaum yang lain......untuk apa mengeluarkan kenyataan sebegitu.....jika "jujur" sekalipun,simpanlah di dalam hati untuk santapan jiwa sendiri usahlah korbankan perasaan 46% rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu.....aku sendiri sebagai orang ISLAM amat terkilan dengan kenyataan ini kerana aku kira ianya amat tidk bertanggungjawab dan zalim....zalim kepada rakyat yang memberi sokongan dan kepercayaan kepada beliau.....

sebab itulah kita digalakkan "sayang" tapi jangan sesekali melampau...Rasulullah SAW bersabda dan memberi amaran kepada kita,

"bukan dari kalangan ummat aku mereka yang berjuang kerana perkauman,bukan dari golongan aku mereka yang berperang kerana perkauman,bukan dari golongan aku mereka yang mati kerana perkauman"
(mafhum hadith)

untuk apa berperang untuk kaum kalau bukan bertujuan untuk menjajah dan menindas.....kita tengok adakah pernah Rasulullah SAW menganjurkan perang kerana ingin menaikkan bangsa Arab???
sudah tentu tak pernah.....
maka intipatinya ialah kita dilarang sama sekali untuk berjuang dan taksub dan fanatik dan melampau dalam perkara sebegini...sedarlah hakikat dan keindahan ISLAM itu sendiri....ISLAM tidak pernah mengajar kita membenci bangsa sendiri begitu juga ISLAM tidak pernah mengajar kita membenci dan menindas bangsa lain.....

oleh itu kita sepatutnya sedar akan limkitasi itu agar semangat kita semangat yang berasas...bukan semangat yang semborono.....

begitu juga soal tentang ideologi lain seperti feminisme,sosiolisme,kapitaslisme,liberalisme dan banyak lagi di mana kemelampauan kita memperjuangkan isme-isme itu akan menyebabkan kita terjerumus dalam perangkap penindasan dan kezaliman....kita sudah buta dalam menilai nilai-nilaim sejagat dalam masyarakat kita.....

sebagai contoh,Rasulullah SAW menggunakan isu feminisme dalam dakwah baginda kepada golongan wanita...zaman Jahiliyyah menyaksikan wanita sebagai alat kepada lelaki untuk mencapai hajat mereka tak kita dalam apa jua bahagian....namun kedatangan RasulullahSAW telah membawa satu cahaya baru kepada semua para wanita bahawa taraf mereka bukan seperti apa yang mereka terima sekarang......Rasulullah menggunakan sentimen feminisme ini untuk membuat perbandingan antara layanan ISLAM dan jahiliyyah terhadap wanita....namun sesekali Rasulullah tidak melampau dalam memperjuangkan nasib wanita Arab Jahiliyyah ini....kerana Rasulullah menggunakan hikmah dalam segala hal......mereka mampu menerimanya kerana itu adalah fitrah mereka yang sepatutnya mereka di layan sepertimana dianjurkan oleh ISLAM.....itulah semangat feminisme yang diperjuangkan oleh Rasulullah SAW..namun pada hari ini kita lihat puak-puak pelampau ini menggunakan isu feminisme untuk memburuk-burukkan ISLAM umpama ISLAM ini agama menindas...mereka melampau dalam pendekatan dan strategi.....hasilnya kita lihat lahir ramai mereka yang cendekiawan dari golongan wanita namun lantang mengkritik apa yang ditetapkan oleh aL-Quran......

di Malaysia sebagai contoh pergerakan Sister in Islam (SIS) yang begitu melampau dalam memperjuangkan ideologi Feminisme ini......mereka melewati batas dan limitasi sehingga mereka sanggup mencabar apa yang sudah qat'ie...maka apakah alasan untuk mereka berbuat sedemikian rupa???

jawapannya ialah kerana mereka tidak faham apakah sebenarnya intipati ajaran ISLAM yang serba indah ini dan diselarikan dengan apa situasi dan kondisi mereka.....

dari contoh-contoh di atas jelas menggambarkan kotradiksi antara mereka yang berjuang kerana "sayang" dan mereka yang berjuang kerana "terlampau sayang"......kami sama-sama bersetuju bahawa dalam setiap perkara perlunya seseorang sedar apakah batas-batas perjuangan dan semangat mereka.....

tapi seharusnya kita sedar betapa ISLAM itu cantik dan sempurna...sebutlah apa sahaja semangat "sayang" yang wujud dalam dunia ini,maka apakah ianya tiada dalam perbicaraan ISLAM selama ini....semoga coretan ini mampu menyedarkan diri kita bahawa perlunya limitasi dan had kepada semangat "sayang" kita itu kepada sesuatu perkara.....agar kita tidak terjerumus dalam perangkap penindasan dan kezaliman terhadap golongan dan puak yang lain....

moga-moga ALLAH sentiasa melimpahi keampunan kepada kita insya ALLAH....

rujukan:
1)Wikipedia Chuvinism
2)Wikipedia Feminisme
3)Kertas Kerja Konsep dan Tuntutan Al-Quran oleh Dr.Danial Zainal Abidin
   *sila download untuk bacaan lanjut (PDF file)



ATA,
aku sayang MELAYU......