Semalam,Menteri Pengajian Tingi telah mengeluarkan kenyataan tentang amaran terhadap keterlibatan mahasiswa dalam mana-mana politik kepartian dalam Pilihan Raya Kecil Galas yang akan berlansung setelah kematian adun seminggu yang lepas.Menurut Khaled,tindakan undang-undang melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 akan dikenakan kepada mana-mana mahasiswa yang didapati terlibat sama dalam PRK Galas itu nanti.Tambahnya,kes UKM4 yang gagal mendakwa akta terbabit membuktikan bahawa AUKU tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan masih releven untuk diguna pakai.
Khaled Nordin |
Kami di peringkat kelab penyokong ingin menyatakan kekesalan akibat kenyataan daripada seorang Menteri yang jelas amat ketinggalan zaman seolah-oleh tidak memahami situasi dan kondisi keperluan negara dan politik dalam jangka masa yang panjang dalam usaha melahirkan sebuah entiti masyarakat yang matang dalam pengamalan demokrasinya.
Jelasnya,kenyataan Khaled itu kami sifatkan sebagai terpengaruh dengan agenda politik kepartian yang dianuti oleh Khaled sehinggakan menafikan hak dan peluang mahasiswa untuk turut terlibat sama belajar dan mencari pengalaman berdepan dengan masyarakat sesuai dengan tahap keintelektualan yang dimiliki oleh para mahasiswa.
Walaupun pada dasarnya Seksyen 15(a) sepertimana yang dinyatakan oleh AUKU melarang mana-mana mahasiswa terlibat dengan parti politik,namun tidak pernah akta tersebut menafikan hak mahasiswa untuk terlibat dalam sistem politik Malaysia.Satun perkara yang perlu Khaled faham sebelum mengeluarkan kenyataan yang nyata bias ialah memahami hak dan keadilan yang sepatutnya seorang mahasiswa itu terima sesuia dengan taraf dan persepsi masyarakat terhadap mereka.
Kami menganggap kenyataan seperti itu adalah bertujuan menakut-nakutkan mahasiswa dan secara tidak lansung telah melahirkan sebuah entiti mahasiswa yang bacul dan pengecut untuk berdepan dengan tekanan dn permasalahan masyarakat.
Oleh itu,kami di peringkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB menyeru kepada seluruh mahasiswa yang layak ,mengundi bagi Dun Galas untuk turun menunaikan tanggungjawab mereka dan menyamai semangat demokrasi yang matang dalam kalangan mahasiswa.
Sekian.
admin,
Mahasiswa FKAB