1 Januari 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam perjuangan buat semua rakan-rakan FKAB,


Satu lembaran baru buat semua rakan-rakan telah tercipta apabila menjelangnya 2011.Setahun berlalu 2010 telah menggamit pelbagai peristiwa yang telah berjaya melatari dan mewarnai suasana kehidupan mahasiswa di kampus UKM.

Pertamanya,kami di peringkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 dengan penuh berbesar hati dan mengajak semua rakan-rakan FKAB untuk kembali bermuhasabah dan mengambil iktibar melalui segala pengalaman dan peristiwa yang telah berlalu pada tahun  2010 untuk dijadikan sempadan agar tahun ini kita mampu menjana keadaan yang lebih baik dan cemerlang.

Jika kita mengimbau kembali sorotan peristiwa sepanjang 2010 terutamanya dalam kondisi sebagai mahasiswa UKM sudah pasti kita dapat membayangkan beberapa peristiwa besar yang telah berlaku dan meninggalkan kesan yang agak besar terhadap keseluruhan perjalanan di UKM ini.

Antaranya,pada tahun 2010 menyaksikan tahun kebangkitan mahasiswa di seluruh kampus di Malaysia termasuklah UKM di mana UKM sendiri telah menempa sejarah apabila gerakan mahasiswa dikatakan bangkit adalah bermula di UKM pada tahun 2010.

Isu penyelewengan dalam Pilihan Raya Kampus pada sesi yang lepas nyata telah mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak dan hal ini telah menyebabkan harapan mahasiswa untuk melihat kampus UKM kembali mendapat kebebasan demokrasi ada sedikit sinarnya.

Kedatangan tahun baru 2011 ini amat diharapkan oleh kami untuk melihat satu perubahan dalam masyarakat mahasiswa UKM akan berlaku.Perubahan dari segi sosia-politik dan pegangan idealisme adalah amat diharapkan kerana hyanya dengan perubahan tersebutlah,hasrat GMUKM untuk merealisasikan varsiti tercapai.

Kami berazam sempena kedatangan tahun baru ini dengan penuh iltizam untuk terus memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa UKM yang semakin hari semakin tenat diperlakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Berteraskan pada 3 tonggak utama iaitu Falsafah UKM,kebajikan dan keintelektualan,kami berazam untuk terus memastikan setiap warga mahasiswa UKM akan gterus mendapat layanan yang adil dan terbaik daripada pihak pentadbiran dan akan bertindak sebagai pihak pendesak demi menjamin keadaaan di atas berlaku.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 sekali lagi dari kami,Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB buat semua rakan-rakan FKAB dan kami amat mengharapkan sokongan dan dokongan daripada rakan-rakan untuk terus kami bergerak merealisasikan hasrat murni seluruh warga kampus UKM terutamanya warga FKAB.

"ber-GM lebih baik"
"realisasi varsiti"


Dari meja editor,
Mahasiswa-FKAB