30 September 2010

Pengenalan kepada Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB


Salam Pencerahan,

Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB mula ditubuhkan pada bulan September 2009 ketika kerancakan persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Kampus sesi 2009/2010.

Objektif utama penubuhan kelab penyokong ini adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu jentera Gabungan Mahasiswa UKM di peringkat pusat untuk melaksanakan segala agenda yang telah dirancang di peringkat fakulti.

Satu organisasi telah dilantik bagi merancang dan mengemaskini aktiviti dan gerak kerja Gabungan Mahasiswa di peringkat fakulti dengan keahlian hampir kepada 50 orang penyokong.

Kehadiran dan kewujudan kelab ini masih lagi tidak diketahui umum kerana publisiti kelab tidak tertumpu kepada mencari keahlian tetapi lebih kepada memberi sokongan terhadap beberapa siri kempen yang dijalankan oleh Gabungan Mahasiswa UKM dan melaksanakan misi kebajikan di fakulti sahaja.

Kami di peringkat kelab amat mengalu-alukan kesanggupan rakan-rakan fakulti untuk sama-sama memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa dengan menyertai Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB ini dan secara tidak lansung akan membantu mengukuhkan lagi sokongan mahasiswa UKM terhadap Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Melalui kelab ini,pelbagai aktiviti telah dirancang untuk sesama ahli kelab dan juga rakan-rakan mahasiswa FKAB antaranya jamuan raya Idul'fitri,senaman bersama GMUKM,Hari Ungu dan perkelahan bulanan.

Kami di peringkat kelab amat mengharapkan sokongan rakan-rakan fakulti untuk kita bergerak bersama-sama demi menjayakan visi GMUKM iaitu "realisasi varsiti".

Sekian.


admin,
Mahasiswa FKAB