30 September 2010

Kes UKM4:Mahkamah Tinggi tolak saman pemula

Salam pencerahan,

Tanggal 28 September 2010 telah menjadi saksi kepada kegagalan UKM4 untuk mendapat hak keadilan di Mahkamah Tinggi lantaran saman pemula yang dikemukakan mereka telah ditolah oleh pihak mahkamah dan permohonan injuksi bagi menangguhkan tindakan disiplin daripada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah dibatalkan oleh pihak mahkamah.

UKM 4
kredit:loyarburuk.com
UKM4 yang terdiri daripada empat orang mahasiswa UKM daripada Jurusan Sains Politik,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM iaitu Saudara Hilman Idham,Saudara Ismail Aminuddin,Saudaara Wong Kin Chai dan Saudari Azlin Shafina Adzha telah menegemukakan saman terhadap Universiti Kebangsaaan Malaysia yang bertujuan mencabar tindakan UKM yang mendakwa mereka di bawah Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Keputusan itu telah menyaksikan UKM4 akan dihadapkan dan dibicarakan di bawah Mahkamah Universiti bagi menentukan bentuk hukuman yang bakal diterima oleh mereka.Meskipun rayuan telah dibuat,namun harapan tipis seakan jelas terpampang apabila melihat kepada rekod dan kondisi perundangan di negara Malaysia yang semakin meruncing.

Namun begitu,kami di peringkat Gabungan Mahasiswa FKAB akan terus memberikan sokongan 100% terhadap anak-anak muda UKM4 yang telah membuktikan bahawa mahasiswa adalah segolongan entiti yang berhak dalam menentukan hala tuju pentadbiran negara dan pelaksanaan dasar dalam Malaysia.Kewujudan kuasa mahasiswa seakan telah disedari oleh masyarakat akhir-akhir ini setelah menyaksikan beberapa siri kes dan kejadian yang melibatkan pencabulan terhadap hak dan keadilan mahasiswa.

Sehubungan dengan itu,Mahasiswa FKAB menyeru kepada semua rakan-rakan FKAB untuk kita sama-sama berjuang menegakkan keadilan dan hak sebagai seorang mahasiswa yang telah dicabul dan diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak yang berkepantingan.

Student Power!!!


admin,
Mahasiswa FKAB