30 September 2010

Segmen Jom Kenali Gerakan Mahasiswa



Salam pencerahan,

Kami di peringkat Kelab Penyokong GMFKAB akan mewujudkan satu segmen khusus dalam blog ini yang dikenali sebagai Segmen Jom Kenali Front Mahasiswa yang bertujuan untuk memberi maklumat dan informasi mengenai sejarah penubuhan dan tujuan sesebuah front itu diwujudkan oleh sesetengah kumpulan mahasiswa.

Objektif utama kami ialah untuk memberi gambaran sebenar kepada seluruh rakan-rakan FKAB tentang gerakan mahasiswa dan pengaruh mereka dalam kancah sosio-politik di negara Malaysia sejak dahulu lagi.Selain itu,kami juga mahu membetulkan persepsi dan tanggapan yang salah yang telah diberikan oleh sesetengah pihak terhadap gerakan-gerakan mahasiswa.

Umumnya,ramai yang mengetahui betapa gerakan mahasiswa ini mula rancak dan berbisa ketika zaman Saudara Anwar Ibrahim dan mereka yang seangkatan dengan beliau sedang berusaha mengembangkan idealisme mereka dalam memperjuangkan hak dan kebebasan mahasiswa sekitar tahun 70-an di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya.

Namun,di sebalik keghairahan masyarakat dan mahasiswa sendiri untuk memperjuangkan hak mereka,pelbagai tohmahan dan mitos yang karut marut telah disebar luaskan oleh pihak berkepentingan demi menjaga bekalan kehendak mereka tidak terjejas.Ramai yang maklum dengan beberapa istilah atau gelaran yang dilemparkan kepada gerakan-gerakan mahasiswa seperti pro-pembankang,haluan kiri,komunis malaya,ekstrimis dan sebagainya.

Sejak dulu lagi,front mahasiswa seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan lain-lain begitu aktif dan kejap dalam memperjuangkan agenda perubahan masing-masing.Namun,sejak kebelakngan ini dimensi dan landskap perjuangan itu telah berubah secara total terutamanya selepas kelahiran sebuah akta kejam yang bertujuan untuk mematikan mahasiswa sebelum mereka sempat bernafas iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Namun demikian sekalipun,adat perjuangan tidak pernah mengenal erti kekalahan.Kumpulan-kumpulan mahasiswa yang berjiwa merdeka dan matang telah bersatu dan merancang untuk terus bergerak demi menyambung idealisme perjuangan dan tuntutan masyarakat dengan menubuhkan dan menjenamakan semula beberapa buah front mahasiswa sesuai dengan peredaran zaman dan tahap pemikiran mahasiswa Malaysia.

Sehingga kini,Malaysia telah menyaksikan kebangkitan mahasiswa terus meningkat naik dan hasilnya,pada Pilihan Raya Umum 2008,hasil sokongan dan perjuangan penuh maruah mahasiswa dan anak muda seluruh negara sebuah tsunami politik telah melanda Malaysia dan hampir berjaya merubah keseluruhan landskap politik di ngara ini.Namun begitu,hal ini bukanlah ukuran sebenar kepada keberjayaan gerakan mahasisw kerana sesebuah gerakan mahasiswa itu bukanlah bersifat secara musim atau semangat tetapi pejuangan mahasiswa adalah perjuangan penuh iltizam dan amanah demi maruah sebuah entiti yang membawa label intelektual dan juga harapan menggunung masyarakat di bahu-bahu mereka.

Justeru,kami diperingkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB telah mengambil keputusan untuk berusaha menhidupkan kembali roh kesedaran kepada semua rakan-rakan FKAB tentang kewujudan gerakan mahasiswa dan peranan mereka samada di peringkat kampus atau nasional.

Seperti mana yang diketahui umum,Gabungan Mahasiswa adalah wakil induk kepada Pro Mahasiswa Nasional di Universiti Kebangsaaan Malaysia dengan menaungi beberapa buah gerakan mahasiswa seperti Membina Mahasiswa Penggerak Ummah (MAMPU),Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI),Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA),Angakatan Siswi Dinamis (AKSIS) dan sebagainya.

Kami akan menceritakan secara terperinci setiap penubuhan front mahasiswa di Malaysia ini dan pengaruh serta fungsi mereka dalam merubah lanskap politik kampus.

Oleh itu,harapan kami ialah agar penulisan kecil ini mampu memberi kesedaran kepada rakan-rakan FKAB untuk sama-sama sedar tentang kewujudan dan fungsi sesebuah front mahasiswa tersebut.


Sekian.



admin,
Mahasiswa FKAB