Hari ini,5/10/2010 Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dengan kerjasama semua jabatan telah mengadakan jamuan Idul'fitri sempenan sambutan perayaan itu bagi tahun 2010.Sambutan tersebut telah dimulakan kira-kira pukul 9 pagi di tapak parkir FKAB sekitar Tasik Kejuruteraan.
Tinjauan yang dilakukan oleh wartawan Mahasiswa FKAB mendapati suasana sambutan itu begitu muhibbah kerana berjaya menarik minat pelbagai bangsa dan agama untuk turut sama memeriahkan sambutan perayaan itu peringkat fakulti.Kemeriahan itu amat dirasai dengan jamuan disediakan oleh setiap jabatan dan suasana ini menyebabkan jabatan-jabatan di FKAB bersaing untuk menarik minat pengungjung untuk merasai juadah yang disediakan mereka.
Antara juadah yang disediakan termasuklah kuih tradisional,pelbagai jenis mee dan laksa dan paling istimewa ayam golek yang di masak di tempata jamuan tersebut.Sambutan itu turut dimeriahkan dengan kehadiran para pentadbir utama FKAB termasuklah Dekan FKAB,Prof Dr Marzuki dan semua kakitangan utama FKAB.
Itulah sedikit suasana di Jamuan Idul'fitri FKAB yang sempat dirakam oleh wartawan Mahasiswa FKAB pagi tadi.Kami di peringkat Kelab Penyokong GMFKAB amat mengalu-alukan program sebegini terus dipertingkatkan dan diteruskan kerana mampu menaikkan semangat muhibbah dalam kalangan warga FKAB tidak kira antara mahasiswa dan pensyarah dan juga di antara kaum yang ada di FKAB.
admin,
Mahasiswa FKAB