19 Disember 2010

Selamat Kembali ke UKM

Assalamualaikum dan Salam Perubahan buat semua rakan-rakan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,


Selamat kembali ke UKM setelah melalui hampir 2 bulan cuti semester pertama bagi sesi 2010/2011 ini.Kami di peringkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan-rakan dan berharap kedatangan semster baru ini akan menyuntik semangat dan daya juang yang berterusan untuk mancapai kejayaan yang lebih gemilang pada kali ini.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat rakan-rakan yang telah berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir yang lepas dan diharap kejayaan rakan-rakan akan menjadi inspirasi buat rakan-rakan yang lain untuk sama-sama mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Buat rakan-rakan yang tidak bernasib baik,sedarlah bahawa kita tidak pernah dinafikan hak untuk terus berusaha untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.Oleh itu,marilah kita sama-sama menguatkan azam untuk terus berusaha dengan lebih kuat dan gigih dalam merealisasikan impian tersebut.

Tidak lupa juga,kami ingin mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram buat semua rakan-rakan Muslim dan semoga kedatangan tahun baru Hijrah ini akan memberi impak positif dalam diri kita dalam mengejar cita-cita dan harapan ibu bapa serta menjadi azam buat kita untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.


Mahasiswa Pencetus Kebangkitan Massa


Dari Meja Editor,
Mahasiswa FKAB