Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) akan mengadakan sebuah perhimpunan gergasi mahasiswa yang julung-julung kalinya di adakan seumpama itu di negara ini pada 1 Januari 2011 ini.Perhimpunan gergasi ini dinamakan dengan Perhimpunan 1111 adalah simbolik kepada tarikh perhimpunan tersebut iaitu 1-1-11 dan akan di adakan di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MPBJ).
Perhimpunan 1111 ini akan menghimpunkan seluruh mahasiswa dari seluruh IPT di Malaysia iaitu kira-kira 50 buah institusi pengajian tinggi.Malah,menurut penganjur Perhimpunan 1111,mereka sedang mengusahakan untuk menjemput Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Dato' Saifuddin Abdullah untuk merasmikan perhimpunan tersebut.
Diketuai oleh Ketua Pengarah Perhimpunan 1111 Mahasiswa,Saudara Ezuan Saad,perhimpunan itu diharap mampu membawa mahasiswa turun kepada masyarakat serta memainkan peranan yang lebih penting dalam pemerintahan negara.
Perkembangan negara terkini nyata telah menuntut para mahasiswa yang tergolong dalam golongan intelek untuk mengambil langkah lebih dominan dalam menentukan hala tuju pentadbiran.ekonomi,sosial dan politik negara.Maka,Perhimpunan 1111 Mahasiswa ini amat diharap untuk menjadi sebuah medan yang lengkap kepada setiap mahasiswa untuk menjadi lebih proaktif dan dinamik bagi mendepani cabaran 2011 yang akan datang.
sumber:FreeMalaysiaToday
Kami di peringkat Kelab Penyokong Gabungan Mahasiswa FKAB menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat FKAB untuk sama-sama turun memeriahkan dan menjayakan perhimpunana gergasi mahasiswa ini.Sokongan dan pengorbaban sahabat-sahabat adalah amat-amat diharapkan bagi memberi nafas baru kepada gerakan mahasiswa bagi mendepani cabaran semasa yang semakin garang menerpa segenap ruang lingkup kehidupan masyarakat Malaysia.
Mahasiswa Dinamik Pencetus Kebangkitan Nasional
Bangkit,Bangkit!!!
Mahasiswa!!!
Dari Meja Editor,
Mahasiswa FKAB