5 Mac 2012

Mengimbas Kembali PRK GMFKAB 2011


Optimis : Sebahagian calon GMUKM menunjukkan kesatuan untuk menawan semula PMUKM daripada Aspirasi

Sudah genap 1 tahun kemenagan GMFKAB bagi kerusi tahun 3&4 pada 21 Febuari 2012 yang lalu. Untuk rekod, GMUKM telah menghantar dua orang calon untuk bertanding bagi kawasan fakulti kejuruteraan. 

Bagi kerusi tahun 1&2 fakulti kejuruteaan, Pn. Roslina Binti Sahidin yang mewakili GMUKM telah bertanding menentang calon ASPIRASI iaitu Sdr Mohd Azlan Bin Ismail. MPP Azlan Ismail memenagi kerusi 1&2 fakulti kejuruteraan dengan majoriti undi sebanyak 46 undi.

Untuk pengetahun Puan Roslina Sahidin mengalami kekalahan undi yang besar pada Kolej Rahim Kajai dan Kolej Burhanuddin Helmi yang mana kedua-dua kolej ini mempunyai penyokong Aspirasi yang tegar. 

Lain-lain kolej termasuk Non Hostel Organisation (NHO) dimenangi oleh Puan Roslina. Ini menunjukkan kepada kita bahawa terdapat sebahagian besar mahasiswa/i China menyokong Puan Roslina Sahidin.

Kerusi 3&4 fakulti kejuruteraan, MPP Mohd Faizal Bin Ahmad memenangi kerusi kejuruteraan dengan menewaskan MPP Aspirasi yang lepas pada tahun 2010 iaitu Sdr Cew Pan Hao. MPP Faizal Ahmad memenangi semua undi kolej dan hanya kalah satu undi di Kolej Burhanuddin Helmi.

Sdr Cew Pan Hao merupakan MPP Aspirasi bagi kerusi 1&2 pada tahun 2010 menewaskan Sdr Muhammad Harith Bin Abbdul Kadir yang merupakan MPP umum 3&4 sekarang.

Ini membuktikan kepada kita bahawa mahasiswa/i 3&4 fakulti kejuruteraan lebih yakin kepada GMUKM untuk memimpin PMUKM disebabkan oleh pengalaman mereka melihat kepimpinan Aspirasi yang tidak proaktif dalam membawa suara mahasiswa/i selama 7 tahun diberi mandat memimpin PMUKM.

Calon PRK GMFKAB 2011 : Dari kiri Puan Roslina Sahidin dan dua dari kanan Mohd Faizal Bin Ahmad

Kami sentiasa menyokong GMFKAB

GMFKAB tetap pilihan di hati buat kakitangan fakulti
Semangat : Calon GMFKAB semasa menjalani sesi latihan sebelum menjelang PRK



"BerGM Lebih Baik"