6 Mac 2012

GMFKAB Bersama Misi Dan Visi FKAB UKM

GMFKAB Bersama Menyokong Visi Dan Msi Penubuhan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM

SEJARAN PENUBUHAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN ALAM BINA UKM

Perancangan pembentukan Fakulti Kejuruteraan telah bermula sejak tahun 1978 lagi dengan penubuhan Unit Elektronik dan Unit Kimia Industri di bawah Fakulti Sains pada 1 Mei 1978. 

Kedua-dua unit ini dengan menawarkan program-program yang berkaitan dengan kejuruteraan kepada pelajar-pelajar sains di peringkat prasiswazah. 

Dalam tahun 1980, Unit Kimia Industri telah dinamakan semula kepada Unit Teknologi Kimia dan program yang ditawarkan bertukar kepada Program Kimia Teknologi.

Hasil dari penstrukturan Fakulti Sains pada tahun 1982 yang menubuhkan Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, kedua-dua unit ini telah dinaik taraf menjadi jabatan di bawah fakulti ini. 

Seterusnya kedua-dua unit ini bergabung untuk membentuk Fakulti Kejuruteraan pada 1 November 1984 dan ditukar nama kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem dan Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses

Kemudian, dua jabatan lain turut ditubuhkan pada 1 Januari 1985, iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam dan Struktur dan Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan

Dalam jangka masa ini, Fakulti Kejuruteraan mengendalikan program-program ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan ijazah-ijazah sarjana dan kedoktoran menggunakan ruang-ruang yang dipinjam di Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, iaitu Bangunan-bangunan Kimia, Fizik dan Geologi.

Fakulti Kejuruteraan kemudian berpindah ke bangunannya sendiri pada bulan November 1993 di atas kawasan seluas 250,936 kp. 

Bangunan tersebut dibina dengan perbelanjaan RM41 juta termasuk RM10 juta bantuan Bank Dunia. Seterusnya dalam jangkamasa 1998-2002, sebuah blok pengajaran, sebuah blok penyelidikan dan empat buah blok makmal telah ditambah untuk melengkapkan prasarana Fakulti. 

Pada tahun 1995 pula, Pusat Kejuruteraan Termaju ditubuhkan untuk mengendalikan projek-projek perundingan kejuruteraan serta kerjasama dengan industri. Ia kemudian distrukturkan semula pada tahun 2000 untuk memberi tumpuan khusus kepada pengurusan penyelidikan dan hubungan dengan industri.

Setelah 8 tahun beroperasi dengan empat jabatan, tahun 2002 pula menyaksikan penubuhan Jabatan Seni Bina yang merupakan jabatan kelima dalam untuk menawarkan program-program berasaskan seni bina. 

Untuk melengkapkan struktur ini, Unit Pengajian Asas Kejuruteraan dibentuk pada penghujung tahun 2005 khusus untuk mengendalikan kursus-kursus umum matematik dan yang bersifat generik seperti komunikasi dan pemikiran kritikal.

VISI
Bersesuaian dengan falsafah, wawasan, misi dan matlamat UKM, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina berpegang kepada wawasan dan misi berikut:

WAWASAN
Ke arah melahirkan jurutera dan arkitek yang dinamik, kreatif dan berakhlak


MATLAMAT
Menjadi pusat pengembangan ilmu kejuruteraan dan seni bina yang cemerlang bertaraf antarabangsa menerajui pembinaan tamadun.

"BerGM Lebih Baik"