7 Mac 2012

PERSONALITI FKAB

Prof.Ir. Dr.Hj Mohd Marzuki B. Mustafa, Dekan Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina UKM


Prof Marzuki berasal dari Kuala Terengganu dan dilahirkan pada tahun 1962. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu. Beliau mengambil MCE iaitu Malaysia Certificate Examination.

Kemudian pada tahun 1979, beliau meneruskan pelajaran di Kolej Matrikulasi Tasmania, dan mengambilnIjazah Kejuruteraan di Universiti Tamsania. Selepas ijazah, beliau terus bekerja sebagai pensyarah di UKM. Beliau menyambung pelajaran pada peringkat Master dan PhD di England.

Prof Marzuki amat meminati bidang kejuruteraan dan mendapat tajaan biasiswa JPA untuk meneruskan pelajaran di dalam bidang ini. Semasa belajar di luar negeri, beliau melihat kebolehan pelajar-pelajar di sana lebih kurang sama seperti pelajar-pelajar di sini.

Jadi ini memberikan semangat dan keyakinan kepada beliau untuk belajar di samping rasa bersyukur dipilih oleh JPA untuk mengambil bidang ini.

Beliau mempunyai 7 orang adik beradik yang mana beliau merupakan anak lelaki yang sulung. Ini membuatkan beliau bertanggungjawab untuk menjaga adik beradik dan menjadi contoh uang terbaik buat adik-adiknya.

Seperti kita juga, semasa belajar beliau merasa susah, stress, tension exame tapi bagi beliau masa belajar itulah saat yang paling menyeronokkan. Dalam kerjaya pula, saya amat rasa gembira ada di kalangan pelajar yang pernah saya ajar dulu menelefon saya memberitahu kejayaan yang mereka telah lalui.

Beliau merupakan tenaga pengajar yang sudah lama berbakti di Fakulti Kejuruteraan dan beliau sudah berasa seronok di sini. Beliau ingin terus menyumbangkan tenaga beliau di sini dan berusaha agar UKM terus cemerlang di mata dunia.

Beliau terlibat dalam bidang automachine. Beliau mendapati bidang teknologi pertanian agak terkebelakang dan ada banyak peluang untuk memajukan bidang pertanian. 

Jadi, rekacipta saya adalah berkenaan penghasilan automachine dalam bidang pertanian. Tapi ini masih dalam bidang penyelidikan kerana beliau perlu mengambil kira banyak faktor seperti kelasakan, kos, harga yang sesuai untuk dijual kepada petani dan sebagainya.

Beliau ingin pelajar-pelajar yakin yang merekla boleh berjaya dalam bidang kejuruteraan. Ini kerana, pelajar-pelajar yang memasuki fakulti ini adalah semuanya di kalangan pelajar yang cemerlang.

Oleh itu mereka harus yakin terhadap diri sendiri. Saya bukan mahu pelajar-pelajar berjaya dalam bidang akademik sahaja tetapi juga dalam bidang sosial, pekerjaan, dan juga dalam kehidupan.